Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515

Sesuai Dengan Nama LV ‘Millionare Speedy’, Pharrell Bangga Lancar Beg Harga Sejuta

$
0
0

Musim panas lalu, Pharrel William debut dengan koleksi sempurnanya bersama Louis Vuitton. Rekaan rapper ini ternyata memberi reaksi positif dikalangan peminat setia Louis Vuitton. Apatah lagi jenama yang berat dengan kemewahan diberi nafas yang stailo dan street style.

Terkini Pharrell tampil pula dengan koleksi beg pertamanya untuk Louis Vuitton. Menariknya, Pengarah Kreatif ini sendiri yang mempromosikan Millionare Speedy Bag ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris. Ia menggangu perhatian ramai dengan warna kuning terang!

Foto – Highsnobiety

Cukup dengan kualiti fabrik dari kulit buaya dan perincian kemasan emas dibahagian beg. Ia dijual pada harga $1 juta kerana bukan sahaja emas, batu permata juga dijadikan tambahan aksesori pada Millionare Speedy.  Sesuai dengan karakter si pereka yang ceria dan artistik, Millionare Speedy boleh dipilih dari lima warna iaitu kuning, merah, hijau, biru dan coklat.

Foto – Red Carpet Awards

Tidak seperti beg-beg jenama mewah yang lain, Millionare Speedy direka dengan warna terang. Namun menurut Pharrell si pemakai dapat merasai kelembutan fabrik kulit yang seperti cair diatas kulit semasa menjinjit.

“Reimagined it as a Canal Street counterfeit might, in primary colors, but on leather so soft it seems to melt when you hold it ini your arm.”

Mungkin ramai (jutawan) yang teruja untuk mendapatkan Millionare Speedy. Pun begitu, koleksi beg Pharrell ini menerima kritikan dari pihak PETA. Ini kerana ia menggunakan fabrik dari kulit haiwan bukan dari leather-vegan yang dinasihatkan demi perlindungan haiwan.

Foto – PurseBop

Kekecewaan tersebut jelas dalam surat terbuka oleh Naib Presiden PETA, Lisa Lange;

“When you were made men’s creative director of Louis Vuitton [in February 2023], we hoped animals would get lucky and that you would choose vegan fabrics, which are the preference of today’s ethical and environmentally conscious consumers. But we aren’t happy to note your newest design, the “Millionaire” Speedy bag, which is crafted from crocodile skin, because when it comes to animals being used for fashion, it isn’t beautiful—it’s abuse.”

Jadi buat peminat fesyen terutamanya Louis Vuitton, adakah ada manfaat untuk kamu habiskan $1 juta demi beg kulit buaya? Mungkin ini masanya untuk bertanya tentang prinsip kemanusiaan dan fesyen.

Foto – Louis Vuitton

Jujur dari DIVA, pilihan warna dan saiz Millionare Speedy kali ini tidak scream luxury. Mungkin ia hanya boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi sebagai edisi terhad. Itupun kalau ada $1 juta.

The post Sesuai Dengan Nama LV ‘Millionare Speedy’, Pharrell Bangga Lancar Beg Harga Sejuta appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515