
Kecantikan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam tidak dapat disangkal lagi. Bukan sahaja memiliki wajah yang sedap mata memandang, bentuk fizikal Che’ Puan Mahkota sentiasa menjadi impian golongan wanita. Tinggi lampai, langsing dan dari situ ramai maklum tentang kualiti kesihatan dan disiplin rutin senaman isteri kepada Tunku Mahkota Ismail.
Minggu lalu, pasangan Kerabat Diraja Johor ini hadir menyaksikan perlawanan akhir pasukan JDT menentang Selangor di acara Piala FA. Che’ Puan Mahkota Khaleeda sempat berkongsi gambar dan momen spontan dalam temasya tersebut. Ternyata bukan kemesraan Che’ Puan dan suami menjadi perhatian, akan tetapi penampilan Che’ Puan yang cukup luar biasa.

Hanya memakai baby-T putih dan jeans kemudian menyarung jaket tweed berona biru sebagai pelengkap gaya. Che’ Puan Mahkota Khaleeda juga tampak merias wajah dengan solekan mata smokey yang membuatkan wajahnya bertambah elegan. Malah, sepanjang masa senyuman tidak lekang dari raut Che’ Puan.



Menariknya dari komen-komen warganet dalam posting ini ialah memuji tubuh langsing dan berseloroh bertanyakan “mana perut” Che’ Puan. Bahkan ada yang mengagumi fizikal Che’ Puan walaupun sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Che’ Puan Mahkota Khaleeda secara tidak langsung memberi satu pengaruh baik untuk orang ramai menjaga menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang baik.



Jadi warganet sekalian, tak cukup kalau kita semua sekadar adore dengan tubuh langsing Che’ Puan Mahkota Khaleeda. Sudah tentu ini hasil dari disiplin dan pengetahuan tentang penjagaan diri. Self-love juga hadir bila kita menjaga kesihatan dan tingkatkan senaman fizikal. Badan sihat, minda pun cergas dan ia akan turut lahir secara luaran.
The post [GAMBAR] “Perut Mana?”- Seloroh Warganet Lihat Tubuh Langsing Che’ Puan Mahkota Khaleeda appeared first on Miss Murai.