Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Moschino Wujudkan Kelainan, Lancar Koleksi Kapsul “IT’S LIT” Yang Berasap!

$
0
0

Bersempena dengan musim Luruh/Sejuk 2016-2017, jenama fesyen tersohor yang sering mengetengahkan inspirasi rekaan fesyen unik dan bergaya, Moschino tampil memperkenalkan koleksi Kapsul terkininya yang digelar “IT’S LIT”.

Selepas beberapa ketika rekaan pakaian serta aksesori yang diinpirasi dari makanan ringan mendapat sambutan dari pelbagai golongan peminat tegar fesyen seantero dunia, untuk musim ini, Pengarah Kreatif Moschino, Jeremy Scott mula mengatur langkah untuk mewujudkan suatu keseronokkan berganda dengan menggunakan perbuatan merokok sebagai tema utama rekaan baharunya.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Rekaan baju-T labuh serta baju panas yang menggunakan label kotak rokok sebagai perincian dan tipografi menarik. Foto -Arkib Wanista

Oleh itu, ianya digelar “It’s Lit”yang merujuk kepada perbuatan menyalakan api rokok. Moschino bijak menyampaikan mesej yang diputar sedikit maksudnya agar kelihatan lebih provokatif melalui setiap helaian unik itu.

Aksesori: Case iPhone, gelang dan anting-anting yang diinspirasi dari rokok. Foto -Arkib Wanista
Aksesori: Case iPhone, gelang dan anting-anting yang diinspirasi dari rokok. Foto -Arkib Wanista

Kebanyakkan helaian pakaian yang dihimpun dalam koleksi kapsul Moschino “It’s Lit” telah menyunting karakter animasi “smoking cow” dan cetakan bibir merokok bagi menghiasi rekaan polos monokromnya.

Foto -Arkib Wanista
Dari Kiri: Baju sejuk, dress baju sejuk dan skarf yang berbentuk puntung rokok. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Dari Kiri Atas: Beg silang kotak rokok dan beg silang yang mempunyai amaran seperti yang terpampang pada kotak rokok. Dari Kiri Bawah: Beg yang dihiasi cetekan mancis dan beg sandang bermotifkan karakter animasi “smoking cow” pada kota rokok. Foto -Arkib Wanista

Jika berminat, anda boleh mula mendapatkan koleksi kapsul Moschino “It’s Lit” bagi musim Luruh/Sejuk 2016-2017 di semua butik Moschino, termasuk yang terletak di Milan, Rome, London, Paris, New York dan Los Angeles, di laman sesawang rasmi Moschino sendiri, mahupun rangkaian francais yang menyenaraikan jenama fesyen popular antarabangsa iaitu Net-A-Porter.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi terkini Moschino, sila layari www.moschino.com/my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597