
Masalah overthinking bukanlah satu hal yang kecil kerana jika penyakit ini tidak di kawal dengan bijaksana, alamatnya ia akan memakan diri sendiri kelak.
Jadi bagaimana nak kawal daripada selalu overthinking, hingga membuatkan mental diri tidak stabil? Untuk tangani masalah ini, ikuti kupasan penuh di bawah.
#1 Lakukan Sesuatu Yang Buat Kamu Gembira
- Foto – Forbes
Untuk tidak terjerumus dengan penyakit overthinking ini, apa kata kamu alihkan perhatian dengan melakukan sesuatu yang kamu rasa gembira, bahagia dan senang hati.
Dari situ minda kamu akan fokus untuk melakukan sesuatu yang dapat buat kamu bahagia, dan sekaligus dapat mengelakkan dari berfikir yang bukan-bukan.
#2 Berpijak Di Bumi Nyata
- Foto – Wallpaper Cave
Selain itu, seteruk mana pun masalah yang kamu hadapi berfikirlah secara rational dan berpijak di bumi yang nyata dan elakkan dari berfikir yang sesuatu yang melampaui realiti.
#3 Ubah Pandangan Terhadap Rasa Takut
- Foto – Stock Snap
Biasanya rasa takut yang bersarang dalam hati, merupakan antara punca utama mengapa fikiran kamu sering berfikir yang bukan-bukan.
Dengan mengatasi rasa takut yang kamu alami, barulah minda kamu tidak terjerumus untuk berfikir yang bukan-bukan.
#4 Cabar Pandangan Dan Pemikiran Diri
- Foto – Deposit Photos
Kamu juga boleh atasi masalah overthinking ini dengan cuba mencabar konsep pandangan dan pemikiran diri, kamu berupaya berdiri di dunia nyata dan realiti sebenar daripada berfikir yang bukan-bukan.
#5 Fokus Pada Penyelesaian Masalah
- Foto – Philly Voice
Daripada kamu overthinking dengan masalah, apa kata kamu fokus pada penyelesaian masalah dan hadapi masalah secara rational dan bukannya lari dari masalah dengan overthinking sehari suntuk.
#6 Sedar Tidak Boleh Ramal Masa Depan
- Foto – Strategic Psychology
Berterus-terusan berfikir yang bukan-bukan tidak membawa apa-apa manfaat kepada kamu, kerana bukannya kamu dapat meramal apa yang akan berlaku di masa depan kan?
Dari berfikiran sebegitu lebih baik kamu rehatkan minda dan lihat dari perspektif realiti, dan bangun dari khayalan overthinking kamu.
#7 Meditasi Dan Muhasabah Diri
- Foto – Dr7 Physiotherapy
Tangani masalah overthinking kamu dengan melakukan meditasi dan musahabah diri, kedua-dua aktiviti dapat membantu kamu dari terus dibelenggu dengan masalah overthinking kamu.
Jangan biarkan diri kamu selalu overthinking, tangani penyakit mental ini dengan segera agar kamu tidak terjerumus dalam lembah fikiran yang terlalu dalam.
Semoga cara ini dapat membantu kamu, selamat beramal♥
The post Selalu ‘Overthinking’ Buat Mental Tak Stabil, Kawal Dengan Cara Ini appeared first on Miss Murai.