
Kamu rasa tertekan dengan kehidupan? Mahu mencari hiburan yang menenangkan jiwa dan raga, serta jauh daripada kesibukan, malah kebisingan luar?
Ramai di antara kita suka mengembara untuk melarikan diri daripada kesibukan kerana ia membantu kita berasa lebih baik. Tetapi memandangkan melancong bukan pilihan sekarang, satu cara yang baik untuk ‘melancong’ adalah melalui rancangan variety Korea ini.
Lazimnya difilemkan di luar negara atau luar bandar, rancangan variety Korea ini boleh menimbulkan rasa penyembuhan dan membantu menghilangkan tekanan orang ramai. Di bawah ialah 5 rancangan variety pilihan Miss Murai yang membantu kamu healing serta menghiburkan, disajikan dengan pemandangan indah.
Are You Sure
Sebelum memasuki latihan ketenteraan Korea, kedua ahli BTS iaitu Jimin dan Jungkook mencipta memori terindah dengan melancong ke USA, Korea dan Jepun. Siapa sangka sepanjang perjalanan, ada kejadian yang tidak diduga menimpa salah seorang ahli, sehingga mereka menamakan program tersebut ‘Are You Sure’.
My Name is Gabriel
Bintang popular Korea seperti Ji Chang Wook, Blackpink Jennie, Park Bogum menjalani kehidupan tempatan orang normal dari seluruh dunia. Mereka diberi nama baharu dan menghabiskan masa 72 jam berinteraksi dengan penduduk tempatan sebagai orang sebenar yang tinggal di dunia yang berbeza.
Europe Outside Your Tent : Romantic Italy
Untuk musim ini, pakar khemah Ra Mi Ran disertai oleh Kwak Sun Young, Lee Joo Bin dan Lee Se Young, memulakan perjalanan ke Italy. Di sana, mereka merancang untuk menikmati perkhemahan di tempat tersembunyi, dan mencabar diri dengan membelanjakan wang sesedikit mungkin untuk meneroka pelbagai destinasi.
Fresh off the Sea
Merupakan rancangan realiti perkampungan nelayan disertai oleh pelakon Korea Yeom Jung Ah, Ahn Eun Jin, Park Joon Myun, dan Dex, yang tinggal di perkampungan tepi laut selama 3 hari 2 malam. Ia mengandungi pelbagai senario, termasuk bekerja di laut, dusun bahkan merasai makanan bermusim yang hanya terdapat di sana.
Jinny’s Kitchen
Restoran Jinny’s Kitchen dibuka dengan memperkenalkan makanan jalanan Korea kepada pelanggan baru di Mexico dan Iceland. Pelakon Seo Jin sebagai pemilik restoran, berganding bahu bersama Jung Yu Mi, Park Seo Joon, dan Choi Woo Sik mencipta makanan Korea yang lazat disesuaikan dengan citarasa orang dari seluruh dunia.
Selamat menonton.!
The post Healing Dengan Menonton Variety Show Korea, 5 Pilihan Miss Murai Yang Best appeared first on Miss Murai.