Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14495

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Seorang Diri Sekali Seumur Hidup

$
0
0

Pada pendapat sesetengah pihak, melancong secara solo adalh sesuatu yang tidak masuk akal. PAsti banyak soalan yang muncul di benak fikiran anda kan? Bagaimana pula jika kita tersesat nanti? Rasa sunyi keseorangan? Bosan? Takut?

Soalan negatif ini sentiasa mengganggu kita walhal melancong seorang diri itu menjanjikan kenikmatan yang berbaloi. Ia bisa membuka mata anda untuk melihat dunia dengan lebih terperinci, di samping pengalaman berharga untuk meneroka dunia dengan kaki yang diarah mengikut detik hati. Pasti menarik!

Menapak dalam kapal terbang seorang diri adalah perkara yang harus anda lakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jadi, anda dah sedia? Ini 10 sebab mengapa anda perlu melancong seorang diri!

#1 Anda Bakal Membuka Minda Anda

Foto -sapaholiday.com
Foto -sapaholiday.com

Ramai di antara kita yang tersepit dalam kotak pemikiran yang selalu sahaja berasa selesa. Oleh kerana itu, ianya mungkin lebih seronok jika anda keluar dari zon sleesa anda.

Anda bakal melangkah ke suatu alam yang tidak pernah anda rasai sebelum ini. Melancong secara solo akan meluaskan lagi jiwa dan pemikiran anda. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan begitu sahaja. 

Keluar dan cabar diri anda. Nescaya banyak keberuntungan yang akan anda perolehi.

#2 ” You are your own boss”

Foto -businessinsider.sg
Foto -businessinsider.sg

Dah penat asyik ikut karenah kawan? Ke mana sahaja dia ingin tuju, anda pun ikut sekali. Cukup-cukuplah anda menjadi lembu yang dicucuk hidung.  

Kini, luangkan masa untuk diri anda melakukan perkara yang anda telah sekian lama impikan.

#3 Menjadi Lebih Dewasa

Foto -travelchannel.com
Foto -travelchannel.com

Ramai yang setuju, pengalaman akan mengajar kita untuk memahami hakikat dunia.

Jika anda nak belajar untuk berdikari, mencabar diri melakukan sesuatu yang jaggal dari rutin harian yang anda amalkan, melancong seorang diri bisa menjadi kaedah yang bernas untuk anda cari diri anda yang matang.

Yup, inilah peluang terbaik untuk anda belajar akan kemahiran-kemahiran baru serta mencari identiti diri yang sebenar.

#4 Kecapi Kebebasan

Foto -factsandwonders.com
Foto -factsandwonders.com

Sukar untuk mencari kebebasan jika anda asyik melekat di meja kerja. “Workaholic” mungkin? Terlalu banyak tanggungjawab yang harus anda penuhi bagi mengecapi kebahagian hidup yang satu. DUIT.

Tetapi, janganlah anda terlalu sibuk sehingga kebahagian yang sepatutnya terabai. Duit yang anda kejarkan, jiwa yang merana kerana tidak mendapat layanan yang sepatutnya. 

Jadi, melanconglah seorang diri supaya anda bisa kecapi kebebasan. Apabila dunia terbentang luas di hadapan, anda boleh lakukan apa sahaja! Tiada apa lagi yang boleh menghalang anda.

#5 Anda Boleh Luangkan Masa Untuk Diri Anda Sendiri

Foto -feetonthemap.com
Foto -feetonthemap.com

Masa untuk diri sendiri adalah sangat penting. Kita semua butuhkannya. Mungkin anda perlu asingkan waktu yang spesifik, UNTUK DIRI ANDA SAHAJA. Mungkin beberapa hari atau minggu?

Sebab itulah anda perlu beri peluang untuk diri anda meneroka dunia seorang diri, anda boleh pergi jauh ke tempat yang tiada seorang pun mengenali diri anda, tiada Facebook, tiada Instagram, tiada mesyuarat yang memeningkan. Bayangkan jika anda boleh kawal masa anda mengikut kehendak diri, seronoknya!

#6 Boleh Berjimat

Foto -busbud.com
Foto -busbud.com

Iyalah, apabila dah melancong ramai-ramai ni, banyak jugalah karenah yang harus dihadapi. 

Bila kawan tu lapar, dah lah semua kena makan sekali, walaupun perut kita ni masih kenyang sokmo.  Takkan lah bila kawan makan, kita nak menadang je. Haruslah beli sesuatu juga. Lebih-lebih lagi jika kawan anda itu seleranya “high-taste” kemain.

Dalam masa yang sama, banyak benda yang harus anda berkira-kira seperti berkongsi bil bayaran sewaan kereta dan sebagainya. 

Dah tentulah melancong secara solo tu lebih berjimat, selain anda boleh kawal perbelanjaan anda sendiri, terdapat baki yang boleh anda gunakan sebaik pulang dari percutian nanti. Daebak! 🙂

#7 Bertemu Orang Baru

Foto -huffingtonpost.com
Foto -huffingtonpost.com

Anda gemar mencari rakan baru? Inilah masanya!

Pergi melancong dengan kawan memang menarik! Tetapi anda akan habiskan masa dengan si dia sahaja sepanjang percutian. Tak ada apa yang lari dari kebiasaan bukan?

Jika anda melancong secara solo, banyak perkara yang boleh anda lakukan. Anda akan bertemu orang baru, buat kawan baru, bukankah itu lebih menyeronokkan. Jika kawan anda itu adalah orang tempatan, pasti anda lebih beruntung kerana dia bisa membawa anda mengelilingi kota tempatan secara santai.

#8 Lebih Banyak Yang Anda Terokai

Foto -risegear.com
Foto -risegear.com

Apabila anda pergi melawat negara orang seorang diri, entah macam mana, masa untuk anda ke sana dan ke mari itu lebih panjang dan oleh kerana itu juga, anda boleh menghabiskan masa untuk bersantai, ambil masa untuk menikmati setiap detik yang anda ada waktu itu.

Boleh juga jika anda mahu bersantai di kaki lima, memerhati gaya hidup orang tempatan di sekeliling. Memori indah itu pasti akan melekat di ingatan anda sampai bila-bila dan dalam masa yang sama, banyak juga yang anda dapat pelajari.

 

SUMBER

The post 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Seorang Diri Sekali Seumur Hidup appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14495