Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14482

Sebelum Terkena Diabetes, Ini Cara Elak Craving Makan Manis

$
0
0

Manis oh manis! Hidup yang ceria pasti ramuannya manis tapi jaga-jaga manis juga boleh bertukar kepada pahit bila terlalu banyak. 

Budaya makan orang Malaysia terkenal dengan pedas dan manis. Setiap pagi pasti ada yang menghirup teh tarik dan milo panas takpun hot chocolate buat mereka yang sedikit elit. Makanan dan minuman manis bukan lagi perkara yang asing tapi wajib untuk kita semua. Tidak dapat minum atau makan manis boleh jadi meroyan dan jiwa tidak tenang.

Foto – wiseGEEK

Buat anda yang gemar dan tidak pernah lekang dari manisan, nasihat Wanista cuba kurangkan kerana lambat laun ia boleh memudaratkan kesihatan dan membawa kepada diabetes. Siapa mahu?

#1 Perbaiki jadual makan

Badan kita memerlukan sumber tenaga yang berterusan, sebab itulah penting untuk menjaga jadual makan. Jangan pernah skip sarapan dan banyakan pengambilan makanan tinggi protein. Makan secara teratur boleh menstabilkan paras gula dalam darah sekaligus mengelakkan dari teringin mengambil gula.

Foto – fitness.edu.au

#2 Jangan ada stok manisan

Anda boleh berhenti beli stok makanan ringan, coklat atau gula-gula sebagai ‘kunyah-kunyah’ di pejabat atau rumah. Hentikan godaan yang datang dari diri sendiri.

Foto – Submerryn

#3 Elak makanan proses

Gula dan makanan proses menyebabkan ketagihan sama seperti heroin dan kokain. Tukar kepada sumber manisan yang lebih segar dari sayuran-sayuran atau buah-buahan. Lengkapkan makanan anda dengan pelbagai nutrisi. Orang yang sentiasa craving manis, badan dia tidak cukup vitamin, nutrisi dan kebaikan sumber makanan.

Foto – Bonfire Yoga

#4 Naikkan mood happy 

Rembeskan hormon gembira anda atau dikenali serotonin. Bila anda dalam mood ceria percayalah craving untuk makan manis tidak akan tercetus dalam kepala pun. Cubalah dengan bersenam, dapatkan tidur yang cukup dan diet yang baik pasti mencanak naik hormon serotonin. Gula? Lupakan sahaja. 

Foto – Ayurveda and Yoga

#5 Minum air putih

Tekak rasa nak manis sebenarnya tubuh anda dahagakan air! Pastikan badan anda menerima air yang secukupnya dari terus dihidrasi. Selain itu anda boleh ubah minuman anda dengan air lemon atau secawan teh hijau dengan gula Stevia. 

Foto – Well-Being Secrets

Manis itu hanya keperluan bukan kemestian. 

The post Sebelum Terkena Diabetes, Ini Cara Elak Craving Makan Manis appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14482