Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484

Bae Suzy Ajar Selfie Paling Cantik Kamu Boleh Tiru, Mudah Je!

$
0
0

Kalau bercakap bab selfie, semua orang sukakannya. Tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, asalkan pencahayaan yang betul malah lokasi yang aesthetic, apa lagi mulalah beraksi. Walaubagaimanapun, tak semua selfie yang diambil itu menarik apatah lagi sempurna, kan?

Penulis mengikuti beberapa selfie luar dan dalam negara di media sosial Instagram. Dalam banyak-banyak selfie dari si cantik Bae Suzy (@skuukzky) mencuri perhatian kerana dia tidak terlalu mencuba dan sentiasa bersahaja, kelihatan natural bila bergambar. Selfie yang sama tetapi berlainan sudut dan kesemuanya nampak sempurna.

Pencahayaan

Ini satu teknik penting untuk mengambil selfie sempurna. Kalau pencahayaan buruk maka buruklah selfie! Sebaiknya gunakan cahaya yang terang atau menapis gambar dengan kesan lampu untuk menyembunyikan kecacatan anda.

Bermain Dengan Rambut

Rambut adalah rakan anda. Secara umumnya, membiarkan rambut ke bawah dan menutup tulang pipi seperti yang dilakukan Suzy ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih kecil. Anda juga boleh menyembunyikan pipi montel atau apa sahaja ciri-ciri yang anda tidak suka dengan rambut.

Sudut

Letakkan telefon anda 45 darjah di udara dan sengetkan kepala anda. Ini akan menyerlahkan lagi ciri-ciri anda yang terbaik. Malah ianya adalah helah yang semua orang Korea tahu! Di sini, Suzy tonjolkan matanya yang besar dan bibir pada sudut 45 darjah.

Natural Beauty

Lakukan ekspresi wajah seperti innocent, bersahaja akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang pelakon korea. Ditambah dengan lighting, angle, serius selfie anda paling cantik sekali.

Aegyo

Ini tak semua orang mampu tapi kalau anda boleh buat aegyo, itu bonus! Apa itu aegyo? Aegyo maksudnya tingkah laku yang unik, lucu, comel, menarik, nampak manja dan banyak lagi. (Anda mungkin rasa nak tampar atau muntah bila tengok orang buat aegyo depan mata) tapi kenapa perlu kisahkan orang. Just be yourself ye!

Bermain Dengan Filter

Kalau tak mampu aegyo, cuba bermain dengan filter. Sekarang serba canggih, ada pelbagai filter boleh anda cuba bagi mendapatkan perfect selfie. Contohnya Suzy menggunakan filter kucing membuatkan dia nampak comel sekali.

Lagi menarik kalau anda letakkan tema bila nak muat naik foto, barulah best orang tengok.

The post Bae Suzy Ajar Selfie Paling Cantik Kamu Boleh Tiru, Mudah Je! appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484