
Tahniah! Kamu sudah berjaya ketika first date. Bila sudah berjaya sudah semestinya langkah seterusnya adalah second date, betul tak?
Bercakap soal second date, tak semua orang mahu meneruskannya kerana bimbang terjebak dengan orang yang salah. Tapi jangan risau, pilihan untuk meneruskan second date atau tidak itu adalah pilihan kamu sendiri.
Tetapi jika keliru sama ada mahu berjumpa dengan si dia atau tidak pada second date, penulis senaraikan beberapa tanda yang menunjukkan kamu sebenarnya tidak memerlukan second date.
#1 Bekas Kekasih Menjadi Topik Perbualan
Lelaki sememangnya suka bercakap tentang diri sendiri dan kadang kala terlalu chatty bila gementar. Walau bagaimanapun, jika si dia bercakap soal perhubungan lalu terutamanya bekas kekasihnya, ini adalah red flag pertama!
A big ‘NO’ untuk kamu meneruskan second date dengan si dia. Tambah-tambah lagi jika si dia menggambarkan dirinya sebagai mangsa dalam perhubungan, lagilah kamu perlu berhenti berjumpa atau menyimpan perasaan terhadapnya. Ini kerana jika kamu jalinkan hubungan dengan si dia, tak mustahil untuk dia burukkan tentang kamu pada orang lain.
#2 Si Dia Jadi Extra Clingy
Pernah berjumpa dengan orang yang extra clingy walaupun baru saja first date? Memang merimaskan dan turn off betul, kerana individu begini berkecenderung untuk memaksa dan melanggar batas kamu.
Jangan terkejut pula jika si dia tak berhenti menghantar mesej, membuat panggilan telefon dan bertanyakan lokasi kamu setiap masa. Lagak seperti menjadi pasangan kekasih seperti ini memang tidak boleh diterima!
#3 Kamu Bosan Semasa First Date
Tak pernah lagi Wanista dengar dua orang bertemu dan ada chemistry di antara mereka menjadi bosan ketika first date. Sekiranya kamu berasa bosan, ini adalah tanda kamu tidak perlu meneruskan second date.
Tak salah juga kalau nak beri peluang kedua untuk berjumpa pada second date. Tetapi kalau kamu betul-betul bosan dan tiada persamaan dengan si dia, jangan buang masa okay?
#4 Si Dia Asyik Dengan Telefon Sahaja
Jika betul si dia mahu meluangkan masa dan menghormati kamu ketika first date, si dia tidak akan menyentuh telefon bimbitnya walaupun penting sekalipun. Tetapi kalau dia kerap dengan telefonnnya sahaja, lebih baik kamu tidak impikan untuk berjumpa dengannya pada second date.
#5 Kamu Jadi Bahan Ketawa
Ketawa di first date memang bagus sekiranya kamu berdua ketawa bersama-sama. Jika dia ketawa ketika kamu memberi pendapat dan sebagainya, ini adalah salah satu tanda kamu tidak memerlukan second date.
Ini kerana ketawa tersebut bukanlah bermakna kamu membuat lawak dan sebagainya, malah ia diklasifikasikan sebagai ejekan dan bersikap kurang ajar terhadap kamu.
#6 Tak Pernah Bertanya Tentang Kamu
First date adalah pembuka jalan untuk seseorang individu mengenali individu lain dengan lebih baik dan mendalam. Tetapi jika si dia terlalu sibuk dengan bercakap soal diri sendiri dan langsung tidak bertanyakan kamu, meh… Kamu patut elakkan daripada meneruskan second date.
Jadi itulah tanda-tandanya yang penulis senaraikan sekiranya kamu tidak memerlukan second date. Apa-apa pun terpulang pada kamu untuk membuat keputusan tentangnya.
Selamat beramal!
The post Awas! Tanda-Tanda Kenapa Kamu Tak Perlukan ‘Second Date’ appeared first on Miss Murai.