
Pernah tak kamu alami situasi seperti ini? Baru sahaja pakai bra dalam beberapa jam, kulit sudah mengalami kerengsaan.
Untuk pengetahuan kamu, situasi ini tidak normal dan perlu dirawat dengan segera. Tetapi sebelum itu kamu perlu tahu apakah penyebab kepada situasi itu.
Kebanyakan wanita tidak tahu sama ada kulit mereka sensitif, pemakaian bra yang salah atau fabrik bra yang tak sesuai menjadi penyebabnya.
Bagi kamu yang nak tahu apakah penyebab kepada kerengsaan pada kulit ketika memakai bra, teruskan membaca entri ini sampai habis, okay?
Penyebab 1: Tali Bra
Mesti kamu pernah ternampak kawasan di sekitar tali bra dinaiki bintik-bintik putih seperti panau atau dipanggil sebagai tinea versicolor.
Kalau nak tahu, situasi ini terjadi apabila kamu mengalami peluh yang melampau dan peluh terperangkap di tali bra menyebabkan adanya fungal rash.
Fungal rash ini boleh mengakibatkan kamu sering berasa gatal-gatal di kawasan sekitarnya, kulit mengalami perubahan warna dan menjadi bersisik.
Selain itu, kamu juga boleh menjadi alergi kepada getah. Ini kerana geseran tali bra tersebut menjadikan kulit kamu mengalami iritasi, ketidakselesaan yang melampau dan menjadi merah-merah.
Penyebab 2: Sport Bra
Wanista nak tanya, adakah kamu akan terus menukar pakaian terutamanya bra sebaik sahaja habis bersukan?
Jika tidak, kamu perlu pertimbangkannya semula. Ini kerana peluh yang menyerap ke sport bra kamu akan berada di situ dalam jangka masa yang panjang.
Kesannya, kawasan kulit di sekitarnya akan mengalami geseran yang menyebabkan bakteria dan kuman terhasil dengan cepat. Malah di payudara kamu juga akan dinaiki jerawat atau dipanggil sebagai boobne.
Penyebab 3: Besi Pada Bra
Dalam mahu membentuk dan menyokong payudara, ramai wanita akan memilih wired bra dalam hal ini.
Ketika kamu memakai wired bra dan secara tiba-tiba besi terkeluar dan mencucuk payudara atau kulit badan, ia boleh menjadikan kulit kamu alami iritasi yang teruk.
Malah pada masa yang sama, wired bra boleh menyebabkan seseorang itu alami nickel allergy rash disebabkan besi yang bergeser dengan kulit secara langsung.
Penyebab 4: Kawasan Garisan Bra
Tak dinafikan kalau cuaca panas terik, memang kita akan berpeluh dengan banyak dan boleh menjadikan bra basah dan lembap.
Dalam kalangan wanita, keadaan ini sangat menjengkelkan kerana ia boleh menyebabkan kamu rasa gatal dan tak selesa di bahagian garisan bra terutamanya.
Apabila garisan bra terkena dengan peluh, ia akan menyebabkan kelembapan yang tinggi berbanding dengan kawasan yang lain.
Kesannya, kamu boleh dinaiki dengan ruam yang dipanggil sebagai intertrigo yang boleh merengsakan dan menyakitkan kulit badan.
Secara keseluruhannya, untuk elakkan kulit kamu mengalami kerengsaan disebabkan oleh bra pastikan kamu sentiasa alert dengan perubahan yang berlaku.
Jika alami kerengsaan yang berpanjangan, berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang segera dan elakkan daripada menjadi teruk.
Selamat beramal ♥
The post Kulit Jadi Merengsa Lepas Pakai Bra, Ini Mungkin Penyebabnya appeared first on Miss Murai.