
“Sudah berapa kali ikut tutorial di YouTube, tetapi tidak pernah menjadi kalau mahu buat winged eyeliner!”
Menjadi seorang wanita, sudah semestinya kamu tahu betapa pentingnya memakai eyeliner dalam rutin harian. Dengan hanya memakai eyeliner, kamu sudah boleh tampil seperti ‘orang lain’.
Dalam membuat eyeliner jenis winged atau cat eyeliner, sudah semestinya kamu memerlukan banyak latihan. Tetapi kamu perlu tahu, setiap orang tidak boleh menggunakan teknik yang sama kerana bentuk mata yang berbeza.
Jadi kalau kamu mahukan winged eyeliner yang perfect, penulis akan kongsikan beberapa teknik yang sesuai mengikut bentuk mata.
MONOLID
Untuk mereka yang mempunyai mata berbentuk monolid, mata kamu tidak akan mempunyai sebarang lipatan dan menjadi rata pada bahagian kelopak mata. Selain itu, tulang kening juga kebiasaannya tidak menonjol.
Cara-caranya:
- Buatkan winged eyeliner secara kasar dan gariskan bulu mata bawah daripada sudut luar iaitu 2/3 sebelum sambungkan ia dengan wing.
- Guna jari atau berus, smudge sedikit eyeliner keluar daripada garisan yang dibuat.
- Ambil liquid eyeliner dan tambahkan di bahagian di bahagian atas bulu mata dan kemudian panjangkan untuk dijadikan wing.
- Kalau kamu berasa yakin, ambik pensel eyeliner berwarna coklat dan lukis crease.
- Smudge garisan atas untuk nampakkan ia sebagai semula jadi.
- Kemudian guna mascara dan siap!
HOODED
Bagi bentuk mata hooded, mata kamu cenderung mempunyai ruang kelopak mata yang sedikit dan apabila buka mata, ia akan menutup bahagian crease kamu.
Cara-caranya:
- Buka mata kamu sehingga nampak waterline. Mula dari sudut luar, lukiskan garisan di sepanjang waterline.
- Untuk kelihatan sedikit tebal, warnakan sedikit di antara bulu mata kamu ketika melukis di sepanjang waterline.
- Menggunakan krim atau kilauan, letakkan sedikit di bahagian saluran air mata.
- Kamu boleh tambahkan sedikit eyeshadow pada kelopak mata untuk membuatkan mata kamu lebih pop out.
ROUND
Kalau sesiapa yang mempunyai mata bulat ini mesti kelihatan sangat comel! Untuk tahu sama ada kamu mempunyai bentuk ini, mata kamu mestilah berada di tengah-tengah tanpa diapit dengan kelopak mata. Dan apabila membuka mata, kamu dapat melihat crease dengan jelas.
Cara-caranya:
- Lukis garis yang nipis di luar 2/3 dari garis bulu mata atas.
- Untuk membuat wing, lukis garis dari sudut luar ke arah atas secara memanjang dan buat bentuk segi tiga.
- Lukis garis nipis di bahagian bulu mata bawah dan gabungkan ia sehingga ke wing (2).
- Kamu boleh blend garis bawah mata yang dilukis untuk buatkan mata kamu kelihatan lembut.
ALMOND
Jika kamu melihat iris diapit dengan kelopak mata atas dan bawah, ini bermakna kamu mempunyai mata berbentuk kacang badam.
Untuk bentuk mata ini, hampir kesemua jenis gaya eyeliner sesuai dan mudah dipakai oleh mereka.
Cara-caranya:
- Pada bahagian kelopak mata, lukiskan satu garisan yang nipis dari sudut dalam sehingga ke sudut bahagian luar.
- Kemudian, tebalkan garisan tersebut pada 3/4 bahagian garisan tersebut iaitu di bahagian sudut luar.
- Untuk tambahkan wing, lukis garis dari sudut luar mata ke arah atas dan gabungkan ia dengan garis (2) dan buat bentuk segi tiga.
- Warnakan bentuk segi tiga tersebut dan gabungkan kedua-dua bahagian iaitu (2) dan (3).
Mudah bukan? Lepas ini, senanglah kamu untuk mengenakan winged eyeliner yang perfect mengikut bentuk mata kamu. Selamat mencuba!
The post Senang Saja, Lukis Winged Eyeliner Ikut 4 Jenis Bentuk Mata Ini appeared first on Miss Murai.