
Aktres Pitch Perfect yang terkenal dengan watak Fat Amy telah mengejutkan orang ramai apabila dia mula berkongsi gambar terbarunya di Instagram.
Fat Amy atau nama sebenarnya Rebel Wilson, telah menyatakan tahun 2020 ini sebagai ‘Year Of Health‘ bagi dirinya apabila kehilangan hampir 30 kilogram dan mendapat berat badan idealnya kembali.
Sering ditanya tentang weightloss journey, Rebel telah berkongsi melalui IGTV tentang keseluruhan perjalanan dalam mengurangkan berat badan dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat pada Selasa yang lalu.
Menemui hobi baru di VivaMayr, Rebel telah mengikut rakannya sejak tahun 2019. Melalui pendedahan rutin kecergasan sehinggalah ke rutin diet, dia telah mendapat hasil yang sangat memuaskan.
Kalau kamu mahu tahu rahsia kurus Rebel dalam masa setahun, teruskan membaca!
Kurangkan Makanan Bergula & Makanan Ringan
Sebagai seorang aktres, Rebel sentiasa berada dalam keadaan tertekan disebabkan pekerjaannya. Seperti wanita lain, dia juga mempunyai ‘emotional eating‘ yang membuatkan dirinya menyesal selepas itu.
“Saya sering tertekan dan mengatasinya dengan hanya memakan donut dalam jumlah yang banyak sehingga saya berasa okay”, ujar Rebel.
Menyedari dirinya tidak menghargai dalam cara yang sepatutnya, Rebel telah menukar sebanyak 80% diet hariannya mengikut jenis bentuk badan.
Sesuai dengan bentuk badannya, kebanyakkan makanan yang diambil adalah makanan yang kaya dengan protein seperti vegan protein smoothies, dada ayam dan salmon.
Tetapi Rebel masih lagi mengambil makanan bergula cuma dia kurangkan pengambilan itu sebanyak sekali dalam masa satu hingga ke dua minggu.
“Jika saya tidak mahu makan makanan bergula, saya akan gantikannya dengan mandi buih pada waktu malam untuk rasa segar”, ujarnya.
Rutin Kecergasan
Walaupun Rebel mempunyai pelatih peribadi, dia hanya mengesyorkan peminatnya untuk keluar dan lakukan rutin kecergasan dengan hanya berjalan kaki.
“Sebahagian besar latihan yang saya lakukan adalah dengan hanya berjalan sahaja. Selamat untuk semua orang dan paling penting ia percuma!”, ujarnya.
Kamu boleh berjalan dalam jangka masa satu jam sehari kerana ia dapat menggerakkan degupan jantung kamu dengan normal dan mengeluarkan peluh serta toksin daripada badan.
Untuk pengetahuan kamu, berjalan kaki ini adalah low-impact aerobik yang bolehkan tenaga setiap individu dihabiskan dengan membakar kalori yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami penurunan berat badan.
Amalkan Kaedah Mayr
Sangat popular, Kaedah Mayr ini asalnya daripada “Mayr Cure” yang diasaskan oleh Franz Xaver Mayr, M.D. Selain itu, kaedah ini hanya fokuskan kepada kesihatan usus seorang individu semasa penurunan berat badan.
Seperti Rebel, dia telah mendapat hasil yang sangat luar biasa apabila mengikuti kaedah ini di pusat kesihatan VivaMayr.
Pada permulaanya, dia akan diajar dengan tabiat kunyah makanan sebanyak 40 sehingga 60 kali kunyahan. Ini kerana ia dapat menghilangkan rasa craving terhadap gula, kafein, makanan ringan dan juga tenusu.
Sehingga sekarang, dia masih lagi menggunakan kaedah ini dan makan makanan yang kaya dengan protein, minum air dalam kuantiti yang banyak dan paling penting cuba untuk makan bawah 1500 kalori sehari.
Habiskan Masa Di Gim
Dalam seminggu, Rebel akan menghabiskan masanya sebanyak 6 hari di gim. Tidak ekstrem, setiap individu yang melakukan latihan kecergasan di gim perlu mengambil masa sehari untuk berehat.
“Saya akan rehat pada hari Ahad dan hari kebiasaannya saya akan lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari.
Di Instagram, Acero iaitu salah seorang pelatih peribadi Rebel menyatakan latihan kecergasan aktres tersebut terdiri daripada latihan yang berintensiti tinggi secara berselang seperti:
- Hari 1 – HIIT (High-Intensity Interval Training)
- Hari 2 – Latihan Berat / Ketahanan
- HARI 3: Mobiliti / Pemulihan
- HARI 4: HIIT
- HARI 5: HIIT / Berat
- HARI 6: Pemulihan
- HARI 7: HIIT
Amalkan ‘Self-Love’
Walaupun dia masih struggle dengan emotional eating, Rebel masih boleh mengawal dirinya dan menguruskan nafsu makannya.
Apabila dia tidak boleh mengawal dirinya, Rebel akan mula memikirkan tentang beratnya sebagai penghalang dan mengawal corak pemakanannya.
“Apabila saya ingin melakukan tabiat itu, saya akan berfikir bahawa saya tidak melakukan diri saya dengan sebetulnya. Tiada rasa sayang dan hormat jika saya terus melakukannya”, ujar Rebel.
Untuk mewujudkan self-love, Rebel mula menulis jurnal kerana di situlah dia akan meluahkan segala emosi dan rutin hariannya.
“Melalui jurnal, saya menulis segala-galanya termasuklah rasa syukur dan apa yang saya gembira. Walaupun ia perkara yang kecil, tetapi ia beri makna yang besar kepada saya”, ujarnya.
Seperti Rebel, tidak semestinya kamu perlu menahan lapar dan menyeksa diri untuk turun berat badan. Hanya cari apa yang kamu suka dan lakukannya dengan hati yang terbuka.
The post ‘Fat Amy’ Kongsi Rahsia Kurus Selepas Hilang Hampir 30KG appeared first on Miss Murai.