
“Arrghhhh… aku nak kurus.!”
”Tahun ni, aku nak kahwin tapi badan masih… ada tips mudah ke boleh buat aku kurus? Aku nak disiplin, buat setiap hari.”
Setiap wanita impikan badan ramping mengenakan busana perkahwinan di hari bahagia, tetapi masalahnya keadaan kamu tidak sebegitu. Jadi, apa cara berkesan supaya kamu kelihatan cantik menawan di hari persandingan.
Minum banyak air masak
Cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan sebelum hari persandingan ialah dengan minum lebih banyak air. Air mempercepatkan saluran penghadaman dan membantu berasa kenyang lebih cepat.

Tindakan mudah minum 8-12 gelas air sehari boleh mempercepatkan metabolisme dan membantu kamu bersedia untuk hari perkahwinan nanti.
Pemakanan yang sihat & khasiat
Persediaan untuk hari perkahwinan, adalah dengan memulakan pengambilan makanan sihat. Sebaiknya, mulakan dengan membawa bekalan ke tempat kerja, tiada lagi makan makanan ringan ataupun makanan segera.
Mendidik diri kamu supaya kamu boleh membuat pilihan yang terbaik untuk melangsingkan tubuh badan untuk hari perkahwinan dan seterusnya!
Sentiasa melihat dress fitting sebagai motivasi
Ini satu lagi cara berkesan bagi mendapatkan apa yang diingini, menjadikan dress fitting sebagai motivasi agar kamu sentiasa alert untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Hanya pastikan fitting terakhir kamu memuaskan kerana kamu tidak mahu menyarung pakaian yang tidak muat ketika hari bahagia.
Elak makanan manis
Okay, hari bahagia makin hampir jadi kamu pasti serabut memikirkan pelbagai perkara dan penyelesaian kamu lebih banyak mengambil makanan manis seperti donut, kek, cupcakes, gula-gula dan macam-macam lagi.

Cuba untuk menghadkan atau mengelakkan gula-gula manis kerana ini akan menyumbang kepada kembung berlebihan. Apabila mempunyai keinginan manis, pilih gula semulajadi seperti buah-buahan. Perubahan kecil seperti ini boleh membuat perbezaan yang besar dalam membantu kamu menurunkan berat badan untuk hari bahagia kamu!
Amalkan sup
Menurut kajian, makan semangkuk kecil sup sebelum makan utama kamu boleh menyimpan sehingga 700 kalori seminggu. Adakah kamu tahu jika kamu makan sup sebelum makan utama, kamu akan makan purata 100 kurang kalori pada waktu makan itu. Jadi cuba amalkan makan sup agar kekal langsing di hari bahagia nanti.
Sayuran hijau
Sediakan salad dalam hidangan utama untuk makan tengahari, makan malam dan kamu mendapati diri lebih ramping. Sayuran hijau mempunyai phytonutrients yang membantu dalam pencegahan penyakit dan membantu penghadaman.
Dengan hanya menambah salad untuk rancangan makanan harian anda, kamu akan menjadi lebih ringan, mempunyai lebih banyak tenaga, dan juga kurangnya sakit.
Bersenam
Ini merupakan satu tabiat yang baik sekali, dengan melakukan senaman kecergasan 3-5 hari seminggu bagi melangsingkan dan mendapatkan berat badan ideal.
Jadikan tips ini sebagai tabiat harian untuk memotivasikan diri kamu menjelang majlis.
The post Mahu Badan Kurus & Ramping Sebelum Bersanding? Cuba Jadikan ‘Tabiat’ Sebagai Motivasi appeared first on Miss Murai.