Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

The Mythical Garden- Gaya & Magis Bersatu Dalam Koleksi Carlo Rino SS25

$
0
0

Istimewa untuk Musim Bunga/Panas 2025 kali ini, Carlo Rino memperkenalkan koleksi The Mythical Garden, di mana dunia fesyen berpadu indah dengan keajaiban alam semula jadi.

Menampilkan tona pastel yang lembut, perincian flora yang rumit dan elemen reka bentuk yang menawan, menjadikan koleksi The Mythical Garden ini sebagai ekspresi keindahan serta keajaiban dalam gaya hidup.

Apa yang lebih menarik, koleksi SS25 ini membangkitkan semangat pengembaraan melalui rangkaian beg tangan, kasut dan aksesori yang memukau!

Foto – Carlo Rino

Beg Tangan, Keindahan Yang Menanti Di Sudut Taman

Membuatkan Miss Murai teruja, rangkaian beg tangan dalam koleksi ini diinspirasikan oleh lengkungan lembut kelopak bunga serta rona romantis taman rahsia. Direka untuk wanita moden, beg ini menyatukan kepraktisan dan juga keanggunan dalam satu rekaan yang memikat.

Foto – Carlo Rino
  • Carlo GEO Denim Shoulder Crossbody: Diperbuat daripada denim dan dihiasi dengan monogram Carlo Rino Signature timbul.
  • Carlo GEO Chromatic: Menyerlah dengan corak monogram ikonik yang dicetak pada rona pastel halus.
Foto – Carlo Rino

Daripada beg bertangkai elegan hingga ke beg silang moden, setiap rekaan sesuai digayakan dari pagi hingga malam. Hadir dalam rona merah jambu, biru pastel dan kuning keemasan, setiap beg tangan ini diperincikan dengan perincian emas lembut yang menambah sentuhan mewah pada setiap penampilan.

Melangkah Dalam Fantasi Dengan Kasut Rekaan Khas

Untuk musim ini, koleksi kasut Carlo Rino direka dengan keseimbangan antara keselesaan dan gaya. Yang menariknya, kasut-kasut ini diinspirasikan daripada tekstur dan warna landskap semula jadi yang sedang mekar.

Foto – Carlo Rino
  • Montie Flair Sneakers: Tampil dengan panel bertekstur pelbagai, mencipta gaya kotemporari yang berani dan sesuai untuk pemakaian harian.
  • The Flashpoint Senakers: Berikan sentuhan glamor dengan aksen berkilauan, corak gelombang dan rantai emas boleh tanggal.
  • Loafers: Tersedia dalam rona paster serta motif bunga halus menawarkan gaya serba boleh.

Sentuhan Ajaib Dari Taman Mitos Pada Aksesori 

Melengkapkan apa jua penampilan, aksesori dalam koleksi ini direka untuk menjadi penyeri, membawa pesona dan keanggunan tersendiri.

  • Koleksi Carlo GEO Denim: Material denim dihiasi dengan logo Carlo Rino timbul, menambah tekstur serta sentuhan moden yang tersendiri.
  • DuoTone Logogram Crossbody Wallet: Diperbuat daripada bahan jut tahan lama dengan kombinasi dua tona berani serta logo ikonik.

Koleksi The Mythical Garden SS25 menjadikan fesyen sebagai sebuah kisah penemuan yang mengasyikkan. Sama ada beg tangan, kasut atau aksesori, setiap satunya meraikan kegembiraan dan keindahan.

Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Carlo Rino ini boleh didapati di www.carlorino.net atau di butik Carlo Rino seluruh negara.

The post The Mythical Garden- Gaya & Magis Bersatu Dalam Koleksi Carlo Rino SS25 appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517