Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531

Rupanya Ini Pilihan Minyak Wangi ‘Tahan Lama’ Para Pramugari

$
0
0
Baju kebaya batik pramugari malaysia airlines

Jika kamu pernah atau sering menaiki kapal terbang pasti pernah didekati oleh para pramugara dan pramugari. Penampilan mereka amat dikagumi kerana terlihat aktif, mesra dan kemas. Apa yang lebih menarik, mereka kekal berbau harum walaupun dalam penerbangan berjam lamanya. Wangian dari tubuh mereka membuat penumpang turut berasa segar dan positif.

Dari kunjungan Miss Murai ke laman X mendapati ada perkongsian tular tentang minyak wangi pilihan petugas kabin. Nampaknya ada pelbagai jenama minyak wangi yang menjadi pilihan mereka. Antara faktor yang diambil ialah ketahanan haruman dan not-not yang menyegarkan. Teruja bukan nak tahu?

tweet viral minyak wangi pramugari jenama tahan lama
Foto – X

Tweet ini mendapat lebih dari 80 respon balas. Miss Murai tapis dan kongsikan minyak wangi pilihan pramugari (wanita) khusus untuk para pembaca. Sekurang-kurangnya kita mendapat idea jenama minyak wangi yang tahan lama, harum dan berbaloi.

Wangian segar dan elegan dari Jo Malone ini rupanya sesuai untuk dipakai lama ketika indoor atau tempat berhawa dingin. Jadi haruman lembut begini menjadi pencetus untuk pramugari sentiasa tersenyum melayan penumpang sepanjang penerbangan.

Jo Malone English Pear & Freesia Cologne 30ml
Foto – Sephora
  • Elizabeth Arden My Fifth Avenue EDP 100ml [RM391]

Rupanya wangian dari Elizabeth Arden ini paling popular dikalangan cabin crew MAS. Ia wangian yang diperkenal sejak tahun 1996. Sehingga kini haruman bunga-bungaan dan feminin menjadi pujaan ramai wanita, termasuklah para pramugari Malaysia.

Elizabeth Arden My Fifth Avenue EDP 100ml
Foto – Zacshops
  • YSL Black Opium Eau de Parfum 50ml [RM505]

Sebenarnya wangian Black Opium dari Yves Saint Laurent sudah menjadi dambaan ramai tidak kira dari selebriti sehinggalah pramugari. Ia wangian yang sensual dan mencetuskan ketenangan jika hidung disapa dengan bauannya. Kombinasi vanila, kopi dan woody sesungguhnya membuatkan haruman ini cukup mesra.

YSL Black Opium Eau de Parfum 50ml
Foto – LMCHING
  • YSL Libre Eau De Parfum 50ml [RM565]

Wangian kedua YSL menjadi tempat dihati para pramugari kerana haruman yang tahan lama. Lebih menarik kombinasi not lavendar, mandarin orange, vanila dan musk membuatkan haruman ini bertukar dari manis kepada seksi setelah sekian lama dipakai.

YSL Libre Eau De Parfum 50ml
Foto – Harrods
  • CHRISTIAN DIOR Hypnotic Poison Eau De Toilette Spray 100ml [RM674.31]

Wangian klasik dari Dior ini mungkin jadi pilihan pramugari kerana ia direka sesuai untuk suhu sejuk atau panas. Perubahan cuaca juga boleh ketidakselesaan, jadi Hypnotic Poison menjadi pilihan yang tepat. Ia gabungan kelapa, jasmin dan vanila yang membangkitkan jiwa sensual, manis dan feminin.

CHRISTIAN DIOR Hypnotic Poison Eau De Toilette Spray 100ml
Foto – Dior
  • Maison Crivelli Hibiscus Mahajad 50ml [RM1350]

Ini antara wangian yang paling mahal dan ia merupakan haruman yang sesuai untuk wanita dan lelaki. Ia memberi bau floral yang tidak terlalu manis dan menyerlahkan sisi kelembutan si pemakai.

Maison Crivelli Hibiscus Mahajad 50ml
Foto – COW

Untuk pengetahuan, kebanyakan kabin krew akan memakai haruman yang sama jika berada dalam kumpulan. Ini bagi memastikan para penumpang tidak pening kepala kerana haruman yang bercampur. Tak sangka kan?

The post Rupanya Ini Pilihan Minyak Wangi ‘Tahan Lama’ Para Pramugari appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531