
Bukan setakat hidangan minum petang, tapi setiap kali kamu terasa lapar dan mahukan menu yang senang dan mengenyangkan, boleh cuba ini.
Menjadi kegemaran pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty, Erica Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, cucur kangkung sangat mudah nak buat. Cucur tak guna banyak bahan, dan harganya juga murah, memang tak jemu makan banyak kali. Makan panas-panas, rangup daripada sayur kangkung dan ikan bilis, menyelerakan betul.
@ezanuraienanoir.n0035600 Korang dah cuba belum resepi Madammu? #Madammu #Noir #cucurkangkung #jeputmalah #jeputkankung
♬ original sound – Eza Sota | Affiliate NOIR – Eza Sota | Affiliate NOIR
Menurut Madammu, kunci untuk mendapatkan cucur kangkung ini adalah air sejuk, barulah kamu dapat rasa rangup tersebut.
Baiklah, penulis senaraikan bahan-bahan yang kamu perlukan untuk buat cucur kangkung rangup. Ingat, kena guna sayur kangkung, ikut betul-betul resepi dan jangan ‘derhaka’ kalau tak mahu cucur kamu jadi pelik.
- Sayur kangkung
- Bawang rose
- Ikan bilis
- Tepung gandum
- Cili padi
- Garam
- Air Sejuk
@hazleenaaj_noir.n0000391 Cucur kangkung crispy Madammu #madammu
♬ original sound – HazleenaAJ_NoirBeauty – HazleenaAJ_NoirBeauty
Nak dapat cucur viral ini, sayur kangkung dipotong dadu supaya kelihatan cantik elok bila digoreng bersama adunan.
Senangkan, selamat menikmati.
The post Resepi Cucur Kangkung Rangup Cara Madammu appeared first on Miss Murai.