Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520

Teringin Makan Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Sedap, Ini Cara Buat

$
0
0

Siapa yang dah pernah merasai kelazatan dan kepedasan nasi ayam geprek asli pasti teringin nak merasai menu tersebut buat kali dua dan seterusnya.

Bagi yang mengidam nak makan menu nasi ayam geprek ini, kamu boleh cuba buat di rumah dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan cara masakan yang mudah.

Ayam Geprek

Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan untuk ayam geprek

  • 3 ketul ayam (untuk seorang makan)
  • Tepung serbaguna
  • Air berisi ais batu satu mangkuk sederhana
  • Minyak masak
Foto – Arkib Wanista via YouTube Resep Bunda Linda

Cara masak

  • Ayam yang dah siap dibasuh bersih kemudiannya di salut dengan tepung serbaguna.
  • Selepas itu, ayam yang disaluti tepung dicelupkan dalam air berisi ais batu dan kemudian ayam tersebut disaluti semula dengan tepung serbaguna.
  • Kemudian masukkan ayam tersebut dalam minyak yang telah dipanaskan dalam kuali, masak ayam sehingga masak dan rangup.
  • Ayam dah siap masak boleh ditoskan dan letak dalam pinggan.

Sambal Geprek

Foto – Arkib Wanista via YouTube Resep Bunda Linda

Bahan-bahan sambal geprek

  • 16 – 20 tangkai cili padi merah
  • 12 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Minyak masak
Foto – Arkib Wanista via YouTube Resep Bunda Linda

Cara masak

  • Goreng cili, bawang merah kecil dan bawang putih hingga masak dan naik bau.
  • Kemudian masukkan cili, bawang merah kecil, dan bawang putih yang telah di masak tadi dan sedikit garam ke dalam batu lesung, atau boleh guna mesin pengisar kalau nak senang.
  • Cili yang dah lumat boleh diletakkan dalam mangkuk dan tuangkan minyak masak panas dalam dua ke tiga sudu makan dalam mangkuk sambal.
  • Ayam yang telah siap digoreng tadi, boleh digeprek atau dilenyekkan dan digaul dengan sambal geprek sambil perah limau nipis atas ayam.

Nasi Geprek

Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan nasi geprek

  • 1-2 cawan beras
  • 1 batang tempe
  • 2 tahu putih segi empat sama dibelah dua
  • Kunyit
  • Garam
  • 3-4 hiris timun
  • 2 helai daun kobis atau salad
Foto – Malaysia Post

Cara masak

  • Tanak nasi macam biasa.
  • Potong tempe mengikut saiz kesukaan, kemudian salut tempe dan tahu dengan sedikit kunyit dan garam.
  • Goreng tempe dan tahu hingga kekuningan dan masak.
  • Nasi yang dah siap masak boleh dimasukkan dalam pinggan dan dihias dengan kepingan timun, daun kobis dan ayam geprek.

Selamat mencuba!

The post Teringin Makan Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Sedap, Ini Cara Buat appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520