Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599

Koleksi FENTY PUMA Rekaan Rihanna Boleh Didapati Di KLCC & Sunway Putra Mall

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Penantian anda kini telah pun berakhir! Koleksi FENTY PUMA hasil kolaborasi Rihanna bersama dengan jenama sporty hebat itu merangkumi aksesori, kasut serta helaian pakaian kini telah pun berada di pasaran.

Rihanna menggayakan rekaannya sendiri dari koleksi FENTY PUMA untuk musim Luruh/Sejuk 2016. Foto -Arkib Wanista
Rihanna menggayakan rekaannya sendiri dari koleksi FENTY PUMA untuk musim Luruh/Sejuk 2016 ketika menghadiri pelancaran penjualan rasmi koleksi tersebut di New York 6 September lepas. Foto -Arkib Wanista

Setiap satu rekaan dari ilham Rihanna itu berlandaskan konsep yang sangat berani dan berahi, diinspirasikan dari gaya fesyen jalanan kontemporari Jepun yang sungguh berkarakter.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Palet rona yang digunakan pula adalah menggunakan kesinambungan warna-warna gothic seperti hitam, plum dan putih.

Seperti Rihanna, dirinya gemar bereksperimentasi dengan penggayaan versetile dan konsep itulah yang cuba diketengahkannya dalam kolkeis FENTY PUMA di mana, helaian ikonik lelaki sengaja digabungkan dengan reka bentuk ala wanita, menepati cita rasa sensual yang gah.

Rihanna. Foto -Arkib Wanista
Rihanna. Foto -Arkib Wanista

“Koleksi ini bukanlah hanya menggambarkan diri saya dan bagaimana sya gemar bergaya, namun setiap rekaan yang saya cipta adalah demi membawa jenama PUMA ke satu tahap yang hebat di mana semuanya akan menjadi istimewa, penuh dengan kejutan,” jelas Rihanna.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Penggunaan fabrikasi mewah, mainan tekstur yang disertai bayangan ilusi menarik diolah semula mengikut cita rasa Rihanna. Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com/en_MY. Koleksi Fenty PUMA dari Rihanna untuk Puma hanya boleh didapati daributik jenama PUMA yang berlokasi di KLCC dan Sunway Putra Mall sahaja.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599

Trending Articles