Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599

Lily-Rose Depp Duta Kaca Mata Chanel

$
0
0

Mewarisi darah seni ibu bapanya, pelakon terkenal Johny Depp dan peragawati, Vanessa Paradis, Lily-Rose Depp mula berjinak dalam bidang peragaan.

Butik fesyen terkenal di Perancis itu mempamerkan beberapa imej Lily-Rose Depp bagi koleksi ‘Pearl eyewear’, musim Fall/Winter 2015.

lily2

“Pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfield sendiri memilih beliau untuk menjadi duta koleksi tersebut. Tema yang dipilih oleh Lagerfield kali ini adalah persona feminin  ,” kata sumber kepada wakil media.

Pernyataan ini tiada elemen ‘suprise’ kerana Depp yang tidak asing lagi dalam memperagakan koleksi Lagerfield.

Selain itu, Depp memperagakan busana musim Fall-Winter 2015/16 Haute Couture pada awal bulan serta Paris-Salzburg 2014/15 Metiers d’Art di New York pada bulan April lepas.

lily

Paradis merupakan kenalan rapat Lagerfield juga pernah menjadi duta bagi Chanel dari tahun 1990.

Lagerfield sangat kagum akan Lily-Rose dan mempercayai bahawa dia akan menjadi seorang ‘mega star’ kerana kualiti yang terdapat dalam dirinya.

Koleksi ‘Pearl eyewear’ ini akan dilancarkan ke pasaran pada bulan September.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599

Trending Articles