Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595

Dipenjara 18 Tahun, 6 Sebatan Kerana Rogol Adik Rakan

$
0
0
Tertuduh (tengah) dikawal keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan. Foto - Sinar Harian

Seorang bakal bapa dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol adik rakannya dalam sebuah kereta, dua tahun lalu.   

Tertuduh, Muhammad Faris Putera Jafperi, 21, didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan dalam sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning di tempat letak kereta di Bandar Satelit Pasir Tumboh, di sini, pada jam 4.15 pagi, 2 Februari 2014.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Hukuman terhadap tertuduh diputuskan Hakim, Adli Abd Ghalib selepas tertuduh didapati bersalah di akhir kes pembelaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh dan Latifah Ariffin.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595