Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595

Zalora Lancar Jenama Kecantikan Korea, Son & Park

$
0
0
Air Tint Lip Cube Son & Park - Foto - arkib Wanista.com

ZALORA, Destinasi Online Fesyen Asia, telah mengumumkan pelancaran Son & Pak, jenama terkenal kecantikan Korea yang diasaskan dari 2 jurusolek artis profesional. Melalui kerjasama ini, Son & Pak berharap dapat mencapai kepasaran yang lebih luas ke rantau Asia Tenggara, malah peminat produk kecantikan dapat menikmati kesenangan membeli dimana-mana sahaja dengan menggunakan ZALORA.com.my.

Son Dae-sik dan Park Tae Yoon, pengasas Son & Park. Foto - arkib Wanista.com
Son Dae-sik dan Park Tae Yoon, pengasas Son & Park. Foto – arkib Wanista.com

Son Dae-sik dan Park Tae Yoon 2 jurusolek artis profesional dikenali dengan trend solekan popular ‘no make-up make-up’ di Korea. Duo rakan dan pesaing ini bersama-sama menghasilkan keluaran kosmetik berkualiti tinggi serta mudah untuk digunakan. Dipandang tinggi sebagai artis jurusolek nombor 1 di Korea dengan portfolio pelanggan yang terdiri daripada artis Korea dan antarabangsa untuk membuktikannya, rakan berdua ini mengasaskan jenama yang mempunyai kombinasi sempurna di antara penjagaan kulit dan kecantikan. 

Antara produk Son & Park yang dijual di Zalora.com. Foto - arkib Wanista.com
Antara produk Son & Park yang dijual di Zalora.com. Foto – arkib Wanista.com

Dengan slogan ‘Simply Perfect’, pelanggan menjadi lebih yakin bahawa mereka membeli produk yang berkualiti dan mudah dipakai. Son & Park dilancarkan di ZALORA dengan rangkaian produk berkualiti tinggi, termasuk Glow Ring Foundation, Air Tint Lip Cube, Two Way Lip Chalk, Tone Up Base, dan poduk paling laris Beauty Gel – item multi-fungsi yang bertindak sebagai produk penjagaan kulit serta booster solekan.

Peminat produk kecantikan boleh mendapatkan produk Son & Park pada bila-bila masa sahaja melalui aplikasi mobil ZALORA atau online di https://www.zalora.com.my/son-park/. Produk dijual pada harga antara RM59 ke RM139.

Son & Park. Foto - arkib Wanista.com
Son & Park. Foto – arkib Wanista.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595