
Lenovo, peneraju teknologi global (HKSE:992) (ADR: LNVGY) menambah inovatif dalam kepakaran mereka dengan melancarkan Yoga Book, tablet 2 dalam 1 dicipta paling nipis dan ringan serta peranti Phab 2 dimana phablet pertama didunia lengkap dengan teknologi Google’s Tango.
YOGA BOOK
Diperincikan dengan papan kekunci Halo keyboard, kuasa bateri 15 jam, 360 darjah pusingan tablet dan pengguna boleh melakar, menulis dan mewarna pada bila-bila masa dan tempat. Mempunyai pilihan untuk menggunakan Wi-Fi (Windows) atau LTE (versi Android).
Dengan kebebasan Halo keyboard, pengguna akan merasa senang untuk bertukar dari menaip kepada paparan melukis dengan hanya menyentuh satu butang

Aksesori seperti Yoga Book’s Real Pen didatangi bersama dan membantu menyerlahkan ilham lukisan dan penulisan dari sekeping kertas ke dalam Yoga Book.
PHAB 2 SERIES
Phab 2 Pro

Phablet pertama dunia dikuasai teknologi Google’s Technology – lengkap dengan sensor dan perisian yang boleh mengesan dan memeta kawasan sekeliling untuk pengalaman augmented reality (AR).
Phab 2 Pro membolehkan pengguna memuat turun pelbagai aplikasi Tango untuk mengukur perabot, kelajuan pergerakan dan mengenal pasti kawasan. Tango juga mempunyai ciri unik iaitu Qualcomm Snapdragon 652 processor, 4G LTE, Dolby Audio Capture 5.1 dan kamera 16MP.
Phab 2 Plus

Kamera 13MP yang kekal fokus dan lensa F2.0 bersama kuasa professional kamera Fujitsu Milbeaut. Sesuai dengan peminat kamera, Phab 2 Plus akan meninggalkan hasil gambar yang berkualiti dan professional.
Phab 2

Telefon pintar AR (augmented reality) yang berpatutan dengan pelbagai ciri menarik. Kamera Phab 2 mempunyai efek unik mengubah gambar atau video yang diambil dalam bentuk kartun dan latar belakang maya. Selain itu, ia paparan HD lebar 6.4 inch, kamera fokus 13MP dan 32GB microSD.
HARGA
Yoga Book – dari RM2,599 termasuk GST
The Phab 2 Pro – dari RM1,899 termasuk GST
The Phab 2 Plus – dari RM 1,299 termasuk GST
The Phab 2 dari RM899 termasuk GST
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti diatas layari www.lenovo.com