Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14479

20 Cara Masyarakat Dunia Nikmati Hidangan Telur

$
0
0
Muffin telur. Sumber: pinterest

Boleh dikatakan, telur adalah makanan harian yang akan diambil oleh kebanyakan individu di seluruh dunia selain daging ayam itu sendiri. Hidangan pastri seperti roti, kek dan tart juga lazimnya akan menggunakan telur sebagai sebahagian ramuan utama, jika tidak pasti masakan itu tidak akan menjadi.

Sumber: tumblr
Sumber: tumblr

Jadi, pernahkah anda terfikir bagaimana masyarakat di seluruh dunia menikmati hidangan telur? Adakah mereka akan memakan telur ayam secara mentah-mentah, mengorengnya, merebusnya atau sebatikan ia di dalam lauk-pauk kegemaran? Ayuh Wanista kongsikannya bersama dengan anda!

#1 Scotch Egg, United Kingdom

Sumber: pinterest
Sumber: pinterest

Ini adalah hidangan perkelahan yang berupa telur rebus, dibalut degan daging sosej serta kerak roti rangup!

#2 Bauernfruhstuck, German

Sumber: chefkoch.de
Sumber: chefkoch.de

Apa rasa bila hirisan ubi kentang empuk digabung dengan telur dadar? Beaernfruhstuck bisa menjadi hidangan yang mengenyangkan buat anda!

#3 Kari Telur, India

15
Sumber: thyagacook.blogspot.my

Alangkah sedapnya bila nasi panas digaul dengan kuah kari yang pekat. Selain ayam, daging, ikan mahupun udang, telur juga boleh dimasak kari. Pastikan telur tersebut direbus terlebih dahulu. Bagi anda yang mahupun sedikit kelainan tu, bolehlah cuba!

#4 Egg Flower Soup, China

Sumber: Livestrong.com
Sumber: Livestrong.com

Secara amnya, ini adalah sup telur. Jika anda penggemar Mee Kung Fu atau Hong Kong, sup ini mempunyai konsistensi yang sama seperti kuah Mee Kung Fu dan Hong Kong berkenaan. Ianya pekat dan mempunyai benang-benang telur. Sedap jika diramu bersama hirisan sayur dan cebisan daging ayam.

#5 Tart Telur, Hong Kong

Sumber: youtube
Sumber: youtube

Manisan yang mempunyai cengkerang tart rangup ini sungguh mengujakan kala diisi dengan inti telur manis. Sedap dan sangat klasik sebagai pencuci mulut. Kanak-kanak pun amat menyukai pastri tart telur ini.

BACA: INFO! TELUR BANTU TAHAN PERUT DARIPADA LAPAR

#6 Egg Nog, Britain

Sumber: pinterest
Sumber: pinterest

Telur asyik disinonimkan sebagai makanan tetapi lain pula dengan yang ini. Eggnog adalah minuman yang sungguh berlemak iaitu susu telur yang berkrim dan manis, lazimnya diminum dalam keadaan yang sejuk. Ia merupakan sebahagian hidangan yang wajib ketika menyambut perayaan Krismas!

Jangan terkejut kerana Eggnog biasanya mengandungi sedikit minuman beralkohol seperti brandi, rum atau bourbon.

#7 Frittata, Itali

Sumber: Taste
Sumber: Taste

Ini adalah telur dadar ala perancis! Teksturnya tebal dan sering dicampur dengan sayur-sayuran seperti kentang, tomato, bayam dan cili untuk tambah kenikmatan pada rasa telur yang anjal. Jangan lupa hirisan keju!

#8 Huevos Rancheros, Mexico

Sumber: foodnetwork.com
Sumber: foodnetwork.com

Ini adalah hidangan sarapan pagi popular di Mexico! Ia berasaskan telur goreng, dimakan bersama kepingan roti tortilla jagung yang telah dibakar sedikit serta sos cili-tomato. Kadang-kala ia turut ditemani dengan nasi ala mexico bersama hirisan buah avokado.

#9 Jajka Faszerowane, Poland

Sumber: Kuchnia - Wirtualna Polska
Sumber: Kuchnia – Wirtualna Polska

Makan telur rebus semata-mata mungkin membuatkan anda jadi muak. Oleh itu, Jajka Faszerowane ini adalah jalan pintas untuk anda tetap menghidangkan telur rebus tetapi dengan sedikit kelainan.

#10 Kwek-Kwek, Filipina

Sumber: panlasangpinoy.com
Sumber: panlasangpinoy.com

Kwek-kwek adalah snek jalanan yang popular di Filipina setanding dengan makana cucuk seperti bebola ikan, ayam dan sotong.

Cuma apa yang menarik, Kwek-Kwek adalah telur rebus (lazimnya telur burung puyuh) yang dicelup dengan campuran tepung warna oren -digoreng garing. Hidangan ini dinikmati bersama sos cuka pedas.

#11 Tamagoyaki, Jepun

Sumber: yukoscooking
Sumber: yukoscooking

Ia umpama telur dadar yang digoreng nipis bersama kicap, gula dan garam -kemudiannya digulung kemas sebelum dipotong. Tamagoyaki boleh dimakan bersama sushi mahupun begitu sahaja. Lebih enak andai disapu dengan mayonnaise.

#12 Pavlova, New Zealand

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Muncul sekitar era 20an di daerah New Zealand, manisan yang rangup di luar dan lembut di dalam ini biasanya akan dinikmati bersama buah-buahan segar seperti kiwi dan strawberi.

Ia diperbuat dari buih putih telur yang digabungkan bersama gula kastor.

#13 Shakshuka, Tunisia

Sumber: petitworldcitizen.com
Sumber: petitworldcitizen.com

Hidangan ini tidaklah dimakan begitu sahaja seperti bubur. Sebaliknya, Shakshuka adalah sejenis kuah cicahan untuk dinikmati bersama roti. Antara ramuan yang terkandung dalam hidangan istimewa ini adalah aneka rempah-ratus dan herba, tomato, keju feta, bawang serta cili benggala merah.

Shasuka turut dinikmati oleh warga Afrika Selatan serta masyarakat di sekitar daerah timur tengah.

#15 Roti Telur, Malaysia

Sumber: TheStar.com.my
Sumber: TheStar.com.my

Tak boleh dinafikan lagi, inilah hidangan sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Tekstur rotinya sama seperti roti canai, namun ianya telah ditambah dengan ramuan telur untuk menjadikan rasanya lebih enak dan berasa. Lebih umphhh jika roti telur ini dicicah dengan kuah kari mahupun dalca. Yum!

#16 Eggs Benedict, Amerika Syarikat

Sumber: Five West
Sumber: Five West

Sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan mahupun bruch. Egg Benedict merangkumi telur yang dimasak dengan teknik rebusan sekejap dan dihidang di atas lapisan Muffin Inggeris, sapuan butter, kepingan ayam, bayam dan mustard (sos biji sawi).

Telur akan dipecahkan dari atas air mendidih dan digolekkan menggunakan sudu atau senduk sehingga ia membentuk permukaan membulat sebelum diangkat.

Apabila dibelah, telur kuning akan keluar mencair dan rasanya seakan keju yang pekat dan berkrim.

#17 Kaiserschmarrn, Austria

Sumber: Schnell gesund kochen
Sumber: Schnell gesund kochen

Ini adalah hidangan pancake atau lempeng carik yang dinikmati bersama jam buah-buahan atau sos epal. ia merupakan hidangan pencuci mulut popular di daerah Austria dan German selatan.

BACA: RESEPI TELUR HANCUR YANG SERIUS SEDAP & MUDAH DIBUAT

#18 Cilbir, Turki

Sumber: Feeding My Boyfriend
Sumber: Feeding My Boyfriend

Teknik merebus telurnya sama seperti hidangan Egg Benedict, cuma telur untuk masakan ini diramu dengan susu masam (yogurt) dan bawang putih. Cilbir dimakan bersama roti!

#19 Bibimbap, Korea

Sumber: pinterest
Sumber: pinterest

Sejenis nasi campur yang akan digaul bersama aneka sayuran celur, daging, ayam, kimchi, hirisan rumpai laut, bijan dan telur.

#20 Avgolemono, Greece

Sumber: pinterest
Sumber: pinterest

Ini adalah sup ayam yang diperkasa dengan rasa buah lemon serta sejenis pasta yang berupa butiran beras.

Maaf ya kalau makanan ini semua membuatkan anda terliur. 

Semoga bertambah pengetahuan am anda tentang hidangan telur dari seluruh dunia ni! Kalau rasa-rasa teringin tu boleh lah mula google resepi. Dalam banyak-banyak hidangan ni, anda paling teringin hendak rasa yang mana?

SUMBER 1, 2 & 3


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14479