
Wanista percaya kebanyakan pembaca mempunyai tabung untuk menyimpan wang dan nasib tabung tersebut tidak seperti yang dijangka melimpah ruah dengan wang ringgit. Mungkin hanya ada beberapa not seringgit dan beberapa duit syiling. Betul tak?
Menabung, perkara yang paling sukar untuk dipenuhi walaupun ia bermula dari ‘berabad’ awalnya. Pelbagai cara untuk anda mendisiplinkan diri dari tidak lupa untuk meloloskan wang kedalam tabung.
Artikel kali ini bersesuaian bagi anda yang merancang azam tahun baru untuk menyimpan duit sempena majlis perkahwinan, travel atau apa sahaja barang impian yang anda ingin beli. Wanista memudahkan anda untuk memilih 6 dari jadual menyimpan dari pinterest.com. Hanya klik dan download!
#1 Menyimpan selama 52 minggu. Mula dengan RM52 pada minggu pertama dan hasilnya anda bakal menyimpan sebanyak RM1378.
#2 Sama seperti jadual yang pertama, simpanan selama 52 minggu. Cuma yang ini anda boleh mula dengan amaun yang kecil. Jumlah wang terkumpul untuk setahun juga sama banyak, RM1378.
#3 1 Tahun = RM1000. Jika yang hendak tetapkan simpanan RM1000 untuk setiap tahun, nah Wanista kongsikan simpanan mingguan selama setahun.
BACA: Tips Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin
#4 Jadual kali ini sedikit mustahil untuk anda ikut, sebab anda perlu menyimpan RM35 setiap hari selama sebulan. Tapi hasilnya lumayan, setiap hujung bulan anda mempunyai baki sebanyak RM1000! Siapa tak nak kan?
#5 Jika anda berasa sedikit terbeban untuk menyimpan wang pada setiap minggu. Wanista ringkaskan kepada simpanan bulanan. Pada setiap enam bulan pertama, anda wajib menyimpan RM25 hingga RM150. Bila dapat gaji terus sahaja simpan didalam tabung. Secara tidak sedar pada tangan dah ada RM1050!
#6 Hanya dari RM1.00, anda boleh mengumpul RM70 setiap bulan. Bayangkan RM70 x 12 bulan = RM840 setahun! Sesuai untuk anda yang ‘kedekut’ untuk menyimpan duit not besar.
Amaran! Elakkan sikap mengorek duit tabung kalau anda ingin semua ini berjaya. Heee ~