
Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook secara rasminya akan meninggalkan program hiburan Running Man.
Pihak agensi kedua-dua selebriti itu secara rasminya memaklumkan berita tersebut kerana faktor kesukaran Song Ji Hyo membahagikan masa lakonan dan program, manakala Kim Jong Kook masih tidak diketahui punca atau sebab.
Ahli yang masih kekal ialah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, dan Lee Kwang Soo.
Bercakap mengenai siapa yang bakal menggantikan mereka berdua, sehingga kini hanya Kang Ho Dong telah diambil sebagai ahli baru program tersebut.

Sebagaimana peminat Running Man sendiri tahu, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook antara perhatian utama dan disayangi oleh penonton dari Korea sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Menurut sumber lain, program hiburan popular ini ingin mencari kelainan yang baru untuk tahun 2017 iaitu “Running Man Season 2.”
Bagi team Wanista, aura ‘keluarga’ Running Man yang sebenarnya pasti tidak sama lagi seperti enam tahun yang lepas.
