Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14480

G-Shock: Mr. Kikuo Ibe Datang Malaysia Rasmikan Siri Koleksi Premium Master of G

$
0
0
MUDMASTER dari siri Master of G baharu. Foto -Arkib Wanista

Pada 24 November yang lepas, Casio Malaysia bersama Marco Corporation melancarkan acara Shock The World 2016 buat kali yang ke-3 bertempat di Metal Bees, Damansara.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Pengasas G-Shock dan pencipta revolusi jam tangan tahan lasak kebanggaan dunia, Mr. Kikuo Ibe turut memeriahkan majlis bagi melancarkan koleksi jam tangan premium dari rangkaian G-SHOCK Casio iaitu siri Master of G yang sesuai untuk digayakan oleh ahli-ahli penyelamat, atlet acara lasak, penyelam, pengembara dan ramai lagi.

Mr. Sezai Hiroyuki, Pengarah Urusan Casio Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Siri Master of G ini adalah koleksi jam tangan premium yang mampu untuk menghadapi rintangan ekstrem sekalipun. Kami mahu terus menyambung legasi ini secara konsisten agar jam tangan ciptaan kami benar-benar tahan lasak dan kekal bentuk meskipun berada dalam situasi mencabar.

0g9a6213
Salah satu rekaan dari siri Master of G baharu. Foto -Arkib Wanista
Ujian ketahanan ke atas jam tangan G-Shock. Foto -Arkib Wanista
Ujian ketahanan ke atas jam tangan G-Shock. Foto -Arkib Wanista

Tidak ketinggalan, pengasas dan pencipta revolusi jam tangan tahan lasak dan rintangan, Mr. Kikuo Ibe turut mengambil peluang untuk menceritakan tentang pengalaman beliau ketika mahu mula-mula mencipta G-SHOCK dahulu dan bagaimana jam tangan yang kukuh itu bisa dilabel sebagai hasil inovasi ikonik yang mampu mengambil hati jutaan penduduk dunia termasuklah para pengumpul jam tangan serta peminat jenama G-SHOCK.

Aktor Suri Hati Mr. Pilot bergambar bersama pengasas G-SHOCK, Mr Kikuo Ibe.
Aktor Suri Hati Mr. Pilot bergambar bersama pengasas G-SHOCK, Mr. Kikuo Ibe.

Bukan itu sahaja, aktor sensasi dari drama bersiri pujaan ramai Suri Hati Mr Pilot juga ada hadir memeriahkan majlis seperti Fattah Amin, Alvin Chong dan Ben Amir.

Dahulunya, G-SHOCK dianggap lebih sesuai untuk digayakan oleh anak-anak muda kerana reka bentuknya yang lebih ranggi tetapi kini, Casio ingin mencapai matlamat untuk pengubah persepsi masyarakat dunia -menyediakan rekaan jam tangan yang lebih versatile yang sesuai untuk semua peringkat umur dan semua jenis individu menerusi siri baharu Master of G.

Sesi autograf bersama Mr Kikuo Ibe. Foto -Arkib Wanista
Sesi autograf bersama Mr. Kikuo Ibe. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Siri Master of G yang merangkumi koleksi Master of G Heritage Gold, Black & Rose Gold dan Navy Blue akan mula berada di pasaran Malaysia pada Januari tahun hadapan. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.casio-intl.com atau lawat laman Facebook rasmi Casio G-SHOCK Malaysia di www.facebook.com/CasioGshockMalaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14480