Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486

‘Fan Service’ Secara Spontan Gong Yoo Buat Peminat Cair! Tonton Video

$
0
0
Foto - Google Image

Teraju utama Goblin: The Great and Lonely God dan Train to Busan, Gong Yoo kini boleh dikatakan hangat di pasaran. Apa sahaja tindak-tanduk diperhatikan para peminatnya malah ditangkap oleh mereka. Sangat comel!

Terkini, Gong Yoo sekali lagi menjadi trending apabila video aksi ‘fan service’ secara tiba-tiba kepada para peminatnya mencuri perhatian netizen bukan sahaja di Korea Selatan malah luar negara juga.

Foto - Tumblr
Foto – Tumblr

Ini terbukti ketika tayangan khas filem ‘The Age of Shadow’, ketika pelakon lain seperti Song Kang Ho dan Han Ji Min sedang berucap, Gong Yoo yang menyedari akan kehadiran peminatnya telah melakukan aksi spontan mengenyit mata kepada peminat dan aksinya itu ditangkap kamera malah selepas itu Gong Yoo dilihat tersipu malu kerana tidak menyangka aksinya mendapat perhatian dan menjadi bualan. Yang pasti kenyitan matanya yang tepat itu memang buat wanita cair!

Satu lagi diambil di Megabox COEX di Seoul, video yang menunjukkan Gong Yoo di atas pentas melihat peminat yang sedang mengambil gambarnya, dan secara senyap-senyap memberi tanda ‘love’ dan ini sekaligus membuatkan peminat ketawa gembira.

Okay cair tak bila dapat fan service sebegini? Secara spontan tau!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486