Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484

Wajib Baca! 7 Ciri Sebab Anda Kekal Sebagai Wanita Melayu Terakhir

$
0
0
Maya Karin sebagai Izzah didalam filem Ombak Rindu, ciri wanita Melayu terakhir. Foto - Khairul Abdullah

Biasa tak anda digelar sebagai wanita Melayu terakhir? 

Wanita Melayu terakhir ini selalu digambarkan sebagai wanita berketurunan dari orang Melayu yang lemah-lembut, sopan-santunnya dalam berbahasa. Tapi jika diikutkan pergerakan zaman sekarang tidak ramai lagi wanita Melayu yang mengekalkan ‘konsep sopan’, iyalah kalau lihat disekeliling kita sekarang, pasti kita dengar sahaja bunyi tawa hilai atau suara yang agak kuat tak dari rakan-rakan, dari diri sendiri. 

Walau gaya dan zaman sudah berubah, tapi Wanista percaya jika anda ciri-ciri dibawah ini anda masih wanita yang kaum ‘Hang Tuah’ dambakan. Ewah! Apakah ciri itu dan boleh nilaikan sendiri? 

  • Masih mendengar lagu asli atau Irama Malaysia 

Lagu rakyat seperti Anak Itik Tok Wi atau Jong Jong Inai sering bermain dibibir anda tidakpun kalau ke pusat karaoke pasti wajib anda menyanyi lagu berentak irama Malaysia seperti Cindai, Dikir Puteri atau Nirmala. Wah! Siap dengan lenggok tari lagi. 

  • Dalam Almari Wajib Ada Pakaian Tradisional 

Sebarang baju kurung, kebaya moden tidak tersenarai yer. Bahkan orang sekarang lebih suka mengenakan jubah. Tidak ramai kini berkeyakinan mengayakan baju tradisional ke acara atau majlis, kecuali jika anda bekerja di sektor awam memang wajiblah memakainya setiap hari. Wanista ada soalan cepumas untuk anda, siapa masih pakai kain batik di rumah? Hehehe…

  • Terhibur Dengan Filem Klasik 

Cerita-cerita tauladan seperti Si Tanggang, Batu Belah Batu Tangkup masih menjadi senarai filem kegemaran anda. Kalau mempunyai waktu terluang anda lebih suka bergelak ketawa dengan lawak jenaka dari barisan pelakon lagenda P.Ramlee, Aziz Satar didalam koleksi kisah Bujang Lapok. 

Foto - Alchetron
Foto – Alchetron
  • Mengamal Pantang-Larang 

Biarpun digelar kolot oleh teman-teman yang lain, anda masih mengamalkan pantang larang dalam kehidupan seharian. Anda tidak pernah memotong kuku pada waktu malam, jangan menyanyi sambil masak dan yang paling penting untuk si dara jangan duduk ditepi tangga nanti jodoh lambat sampai! 

  • Resepi Kuih-Muih Tradisional Ada Dalam Kepala

Wanista percaya anda diantara kita masih keliru dengan nama-nama kuih tradisional inikan pula tahu resepi membuatnya! Kuih bahulu, seri muka, kuih lapis malah karipap belum tentu ada yang pakar. Orang sekarang lebih suka google resepi kek keju jepun, spaghetti atau makanan barat yang lain. 

  • Tak Boleh Tinggal Masakan Kampung 

Jika ada mengalami ‘simptom’ sakit kepala, kebuluran akibat tidak dapat makan nasi dalam satu hari, memang tiada sangkaan lagi anda memang rakyat Malaysia sejati. Citarasa makanan anda dari pelbagai jenis lauk-pauk masakan kampung, itu belum tambah dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan ulam-ulaman.

Foto - Migrationology.com
Foto – Migrationology.com
  • Fasih Berbahasa Melayu! 

Kelakarlah kalau ada wanita Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu. Walaupun ada masih lagi bertatih menggunakan peribahasa didalam sesuatu ayat tapi tak salah mencuba bukan? Lagi seronok bila anda cuba berpuitis atau berpantun dengan pasangan dan kredit untuk anda yang membaca portal Wanista.com sebagai panduan gaya hidup dalam bahasa Melayu! 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484