
Pada 7 Disember baru-baru ini, Ayda Jebat bersama Sephora mengadakan satu acara kecantikan ‘Sephora Soiree with Ayda Jebat’ khas bagi peminat beliau dengan menyediakan baucer RM50 dan pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran solekan dan banyak lagi.
Dikesempatan itu, pelakon dan penyanyi berbakat itu berkongsi lima produk Sephora dari Sephora Holiday Collection 2016 yang menjadi pilihan beliau.
“Sebagai peminat nombor satu Sephora dan dunia kecantikan, saya amat teruja menyambut musim percutian ini bersama koleksi Sephora 2016,” kata Ayda “Hadiah comel ini sesuai untuk keluarga dan teman-teman, dan saya tidak sabar berkongsi lima produk kegemaran saya dari koleksi ini.”
1) Sephora Geometricolor Palette Blockbuster
Palet ‘meriah’ ini mempunyai satu cermin, 80 warna pembayang mata, 32 gloss bibir, enam eyeliner, empat brow powder, empat contouring powder dan bonus dua tutorial solekan dengan teknik profesional.
2) Sephora The Surprising Fan 4-in-1 Nail Tool
Pengikir dan pengikis kuku didatangi secara 4 dalam 1. Ia mampu membentuk, mengilatkan dan melicinkan permukaan kuku. Kit comel mudah dibawa dan digunakan pada bila-bila masa sahaja. Baca review dari kami [DISINI]
3) Tarte Kiss Bliss Deluxe Tarteist Creamy Matte Lip paint & Crayon Set
Set deluxe tarteist creamy matte lip paints memberikan efek mewah, melembabkan dengan litupan penuh dibibir. Set ini juga didatangi lima deluxe tarteist lip crayons mengikut warna sebagai penggaris bibir dan mengekalkan warna.
4) Makeup Eraser
Tuala pembersih solekan ini 100% bebas dari bahan kimia dan mampu menanggalkan solekan dengan basuhan air sahaja. Bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi, eyeliner, maskara dan solekan cat juga boleh ditanggalkan melalui Makeup Eraser. Baca review dari kami [DISINI]
5) IT Cosmetics Heavenly Luxe Must-Haves!
Berus solekan eksklusif ini menampilkan 5 berus yang terdiri dari pelbagai penggunaan untuk muka dan mata. Hasil solekan seperti menggunakan teknik airbrushed dan lengkap dengan bekas simpanan yang mudah dibawa.
Kesemua koleksi pilihan dari Ayda Jebat ini anda boleh dapati di butik kecantikan Sephora di seluruh negara atau layari sahaja www.sephora.my.