
Stephanie del Valle dari Puerto Rico dinobatkan sebagai Miss World 2016 yang berlangsung pada Ahad semalam, mengenepikan calon dari Republik Dominican dan Indonesia.
Del Valle, 19, adalah seorang pelajar yang fasih berbahasa Bahasa Sepanyol, Inggeris dan Perancis dan mempunyai impian untuk berkecimpung ke dalam industri hiburan.
Bukan itu sahaja, Del Valle menganggap kemenangan yang dimenanginya itu sebagai ‘kehormatan dan tanggungjawab yang besar’ sekaligus mewakili tanah air Carribean.
Naib juara menjadi milik Yaritza Miguelina Reyes Ramirez dari Republik Dominican, diikuti oleh peserta dari Indonesia Natasha Mannuela dan juga dari Kenya dan Filipina antara yang memasuki calon lima akhir.





Tahniah Stephanie Del Valle!