
Membersih wajah adalah perbuatan rutin yang harus dipraktikan oleh kaum wanita dan lelaki jika mahu kulit cantik dan mulus. Lebih-lebih lagi bagi individu (wanita) yang sering menyesakkan liang roma dengan mekap dan kosmetik berkimia.
Efek dari solekan mungkin tidak akan memberikan impak yang besar namun, jika anda tidak memberi perhatian yang sepenuhnya pada kulit ia mungkin mempengaruhi masalah yang lebih serius.
BERUS PEMBERSIH DIYAKINI BERKESAN?
Dahulunya, ramai di antara kita yang memanfaatkan cucian skrub serta gel pengelupasan demi mendapatkan hasil kulit yang licin namun sejak adanya berus pembersih wajah, semuanya beralih kepada medium cucian yang menggunakan alatan ini.
Tetapi, tahukah anda bahawa selain kebaikan, berus pembersih wajah juga mempunyai keburukan?
PENGALAMAN
Penulis tidak pasti dengan anda, tetapi pmengikut pengalaman, dahulunya penulis juga rajin membersihkan wajah dengan berus pembersih. Pada mulanya, muka penulis memang licin tetapi lama-kelamaan ia menjadikan wajah semakin kering dan jerawat mula muncul.
PERSOALAN
“Mengapa kulit jadi kering malah ia mempengaruhi kulit untuk berjerawat?”
“Bukankah bilah-bilah berus berfungsi untuk menarik keluar dan mengosongkan liang roma dari segala kotoran dan bekas solekan?”
Ini penjelasan dari pakar Dermatologis Dr. Dennis Gross:-
Menggunakan berus pembersih secara berlebihan bisa memecahkan pembuluh darah pada wajah, menyebabkan kekeringan, iritasi (radang seperti gatal-gatal), kemerahan dan sensitiviti.
Skrub muka memang baik untuk kulit tetapi kalau dah selalu sangat boleh hakis kebaikkan kulit, percepatkan proses penuaan dan buat kulit jadi nipis. Hadkan penggunaan, mungkin hanya dua kali sehari.
Antara kesalahan lain adalah termasuk:-
- Berus telah terdedah pada kotoran sekeliling meningkatkan risiko kemunculan jerawat.
- Mencampur-adukkan penggunaan skrub berkimia dengan berus tersebut.
- Berkongsi berus pembersih dengan orang lain.
Jika ada antara keburukan ini terjadi kepada anda, sebaiknya berhenti sahajalah dari menggunakan berus. Cukup sekadar membersihkan wajah secara normal menggunakan teknik “double cleansing” yang dinulakan dengan membersih mekap terlebih dahulu sebelum mencuci wajah dengan krim pembersih biasa. Jangan lupa skrub wajah 2 kali seminggu.
Jika anda tetap mahu menggunakan berus, pastikan anda membersihkan bilah-bilah berus dengan sabun dan air atau alkohol untuk mengelak pembiakan kuman. Anda juga boleh memanaskan berus dalam ketuhar gelombang mikro untuk 10-15 saat.
CARA PULIHKAN MASALAH KULIT
“Gunakan produk yang berasaskan estrak teh hijau. Ia baik untuk pulihkan kerosakan kulit serta memelihara kulit dari terkena kanser”, jelas Dr. Gross.