Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595

Trump Adalah Presiden Amerika Paling Tua Dalam Sejarah Selepas Bush

$
0
0
Donald Trump. Sumber: Zach Gibson / Getty Images

Saat beliau memegang sah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 Jumaat ini, Donald Trump sebenarnya adalah calon tertua yang pernah dipilih sebagai Presiden negara itu dalam sejarah.

Trump yang kini berusia 70 tahun jauh berbeza dari purata umur 44 mantan Presiden terdahulu iaitu 55 tahun.

Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.

Sumber: BH Online
Sumber: BH Online

George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.

BACA: OBAMA PINDAH KE KEDIAMAN BARU SEBELUM TRUMP JADI PENGHUNI RUMAH PUTIH

Foto terkini George & isterinya Barbara Bush. Sumber: Huffington Post
Foto terkini George & isterinya Barbara Bush. Sumber: Huffington Post

Bukan itu sahaja, tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinan George H.W. Bush dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901.

Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu. John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun. -Agensi

SUMBER 1 & 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595

Trending Articles