
Masalah kulit anda adakah berpunca dari keturunan atau persekitaran?
Kajian dari SK-II mendedahkan ramai diantara mereka percaya masalah kulit disebabkan dari keturunan. Berbeza dengan itu, kajian terbaru SK-II Atmosphere Study mengenalpasti 80% kulit rosak berpunca kerana persekitaran luar.
Tapi adakah produk pelindung matahari mencukupi?
Biasanya kulit rosak dari UV matahari, kajian mendapati cahaya inframerah menembusi jauh kedalam kulit berbanding UV.
Apabila cahaya inframerah terkena pada kulit ia terasa panas, tidak seperti UV dimana memberi kesan kulit gelap. Kulit kita lebih terdedah pada sinaran inframerah dimina lebih 54% cahaya matahari berbanding UV yang hanya 7%.
Tambahan lagi terdapat pelbagai radiasi dari cahaya matahri, SK_II mendapati pencemaran bermula dari asap kereta, bas dan lori yang membakar petrol dan kayi dimana juga boleh merosakkan kulit. Dari sumber lain pula berpunca dari fenomena alam seperti habuk kuning yang menyerang Korea pada musim bunga dan fenomena jerebu disebelah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura boleh menyebabkan iritasi, kulit kasar dan juga penenuaan kulit.
Dengan itu SK-II memperkenalkan formula baharu SK-II’s NEW UV: Atmosphere dengan rangkaian holistik UV NEW Atmosphere Airy Light UV Emulsion SPF30/PA+++ dan Atmosphere CC Cream SPF 50/PA++++, menggantikan Aura Activator CC Cream tanpa mengubah kandungan.

Atmosphere Airy Light UV Emulsion SPF30/PA+++ antara produk pencerah paling berjaya dan dipercayai, direka untuk mencipta lapisan holistik melawan tanda penenuaan seperti kedutan, tompokan hitam dan kulit kering punca dari UV, pencemaran dan juga cahaya inframerah.

Atmosphere CC Cream SPF 50/PA++++ tekstur ringan kerana ia dari keseimbangan ratio minyak unik. Walaupun ia tinggi dengan perlindungan SPF dan melembabkan, ia mengandungi 2/3 minyak sama seperti produk lain, dimana menghapuskan sebarang kesan berminyak untuk perlindungan kulit bernafas.
ATMOSPHERE AIRY LIGHT EMULSION SPF30 MYR 259
ATMOSPHERE CC CREAM MYR 299
The post SK-II Atmosphere Perlindungan Dari Sinaran UV Dan Inframerah Matahari appeared first on Wanista.com.