Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14556

Gaya Solekan Gincu ‘Berlemuih’ Ini Akan Buat Anda Geleng Kepala 10 Kali

$
0
0

Sudah menjadi lumrah sejak azali, gincu itu harus dioles rapi mengikut garisan asli bentuk bibir. Jika mahu mewujudkan ilusi bibir tebal sekalipun, ia perlu digaris dengan rapi menggunakan pensil bibir terlebih dahulu melebihi sedikit sahaja dari garisan asli bibir.

Namun, trend yang satu ini boleh dikira ‘gila’ apabila gincu sengaja dibiarkan comot mengelilingi kawasan bibir seolah-olah gincu itu sengaja dikesat agar meninggalkan kesan noda unik.

Sumber: Jeff Spicer/Getty Images Entertainment/Getty Images

Trend ciptaan jenama kosmetik terkemuka MAC yang digelar “Lollipop Lipstick” ini semakin mendapat perhatian sejak mula digayakan pada acara Minggu Fesyen London (London Fashion Week) baru-baru ini.

Mungkin nampak okay, tapi macam ada sesuatu yang tidak masuk akal…

…dan ada pula yang sudah mengikut trend itu.

Mula diperkenalkan ketika persembahan fesyen London Fesyen Week tempoh hari untuk jenama fesyen Preen By Thornton Bregazzi…

Sorry not to sorry, macam bibir bengkak kena sengat dengan tebuan je…

Macam Joker pun ada!

Ramai sebenarnya yang tak puas hati dengan trend ni…

Jadi, apa pendapat anda tentang trend ni? Kalau nak cuba, boleh guna tips ni di bawah ni :P

SUMBER 1 & 2

The post Gaya Solekan Gincu ‘Berlemuih’ Ini Akan Buat Anda Geleng Kepala 10 Kali appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14556