Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486

Chir Chir Ayam Goreng Perapan Ala Korea Kini Dibuka Di Malaysia!

$
0
0

Peminat makanan Korea sekalian bersedialah dengan kehadiran restoran fusion makanan Korea ‘Chir Chir’ yang kini dibuka di Pavilion!

Menu yang berasaskan dari ayam ini pasti mengecurkan dan ia sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Ayam yang digunakan hanya yang segar serta sos perapan yang berasal dari Seoul yang mempunyai sama rasa dengan 100 outlet yang lain di Korea Selatan, China, Taiwan, Indonesia dan Singapura. 

‘Chir Chir’ (disebut Chi-ruh Chi-ruh) mendapat nama dari bunyi ‘pop’ ketika ayam digoreng dan ia juga dari inspirasi ‘Chimaek’ gabungan ‘chi’ chicken dan ‘maek’ bir cara unik terbaru orang Korea menikmati ayam goreng. Ia juga dipopularkan salah satu drama Korea ‘My Love From Star’.

Pelbagai menu utama ‘Chir Chir’ bermula dari Signature Fried Chicken, Nest Snow, Roasted, Special, Salads dan juga Cocktails dan Mocktails. 

Antara hidangan menjilat jari ‘Chir Chir’:- 

Vampire Killer. Foto – arkib Wanista.com
Nest Snow. Foto – arkib Wanista.com
Garlic Roasted Chicken. Foto – arkib Wanista.com
Rosemary Roasted Chicken. Foto – arkib Wanista.com
Spicy BBQ. Foto – arkib Wanista.com
Mac & Cheese. Foto – arkib Wanista.com
Cheese Fire Chicken Feet. Foto – arkib Wanista.com

Kecur tak air liur? 

Jadi terus sahaja ke Chir Chir, Pavilion Kuala Lumpur. Ikuti promosi dan menu terbaharu dari Chir Chir di Facebook Chir Chir Malaysia atau Instagram Chir Chir Malaysia

The post Chir Chir Ayam Goreng Perapan Ala Korea Kini Dibuka Di Malaysia! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486