Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484

Istimewa! Ini Petua Kecantikan Yang Dikongsi Korean Idol Anda

$
0
0

 

halus kulit selebriti Kpop ni sebenarnya boleh disamakan dengan tekstur kain sutera betul tak?Bukan main mulus macam tak ada cacat-cela langsung.

Antara faktor utama kenapa kulit mereka cantik mungkin dipengaruhi oleh efek persekitaran di mana cuaca di negara mereka tidaklah lembab dan panas sepanjang tahun macam di Malaysia.

Namun, tak salah jika anda ingin cuba mendapatkan kulit secantik selebriti Kpop. Nak tahu rahsia mereka? Ikuti tips yang diberikan 10 idol Kpop anda ini.

Baro – B1A4 kata…

Untuk mengelak kulit jadi berminyak, dia sehabis mungkin akan mengelak dari mengambil makanan yang berminyak. Katanya lagi, lebihan minyak dari makanan boleh menyebabkan kemunculan jerawat yang memeritkan lagi memburukan penampilan si empunya wajah.

Henry Super Junior M Kata…

Henry memang terkenal dengan rupa parasnya yang keanak-anakan justeru apa yang dilakukannya setiap hari adalah meminum secawan teh suam setiap pagi sejurus selepas bangun dari tidur.

Jaejoong -JYJ Kata…

Jelas Jejoong , kulit wajahnya sebenarnya sangat sensitif, oleh itu dia jarang menggunakan pencuci muka kecuali apabila benar-benar memerlukannya. Dia hanya akan mencuci wajah menggunakan air suam. (mungkin kurang sesuai untuk wanita yang bermekap)

Minah (Girl’s Day) Kata…

 

Minah kata rahsia untuk memiliki kulit putih dan gebu sepertinya adalah dengan memakan buah tomato segar yang telah ranum. Mungkin anda boleh cuba :)

Jong Hyun Kata…

Jong Hyun mengaku bahawa dia tidak sellau mempunyai kulit yang flawless namun dirinya akan sentiasa mengamalkan penggunaan mask untuk mengekalkan kesihatan kulit agar halus dan segar.

Sungyeol -INFINATE Kata…

Mengamalkan makanan tambahan yang berbentuk cairan ekstrak salad untuk mengekalkan tekstur kulit sihat dan berkilat.

Song Joongki Kata…

Hasil kulit putih mulus adalah dengan membasuh wajah dengan susu setiap hari sebelum tidur. Dia juga akan mengelak dari memandi air panas kerana dikhuatiri wap dari air panas bisa mengeringkan kulit.

Seohyun -SNSD Kata…

Gadis ini akan menyapu lapisan nipis serum muka sebaik selepas mencuci wajah bertujuan memerangkap kelembapan untuk kulit tersebut kekal sihat dan segar.

Song Ji Eun Kata…

Seperti biasa, akan meminum air banyak dalam kehidupan sehariannya. Katanya, dia minum 3 hingga 4 liter air putih sehari lantas dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit.

Gadis-Gadis SNSD

Sebagai kumpulan wanita, mereka sangat menitik beratkan penjagaan kulit kerana sememangnya selebriti Kpop sering diperhatikan dan dicontohi netizen lebih-lebih lagi para peminat yang dikasihi. Oleh itu, untuk mengekalkan kehalusan kulit tanpa cela, mereka sering mengamalkan cucian skrub. tapi harus berpada-pada dan bukan setiap hari.

Selamat beramal!

RUJUKAN

 

The post Istimewa! Ini Petua Kecantikan Yang Dikongsi Korean Idol Anda appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14484