
Susulan tindakan Korea Utara membuat larangan keluar untuk rakyat Malaysia berada di negara mereka, isu keselamatan mereka menjadi tanda tanya utama.
Datuk Seri Najib Razak ketika ditemui di lobi Parlimen mengesahkan semua rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara selamat.
Perdana Menteri berkata, tiada kebimbangan mengenai keselamatan mereka kerana dimaklumkan rakyat Malaysia terbabit dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak dikurung.
Najib juga berkata, Malaysia tidak putuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara setakat ini kerana memerlukan saluran untuk berunding dengan kerajaan negara itu.
“Kita juga tidak tutup kedutaan negara itu di sini. Saya tidak boleh komen secara lanjut kerana bimbang keselamatan rakyat Malaysia kita di sana digugat.
“(Kerajaan) masih teliti apa sebenarnya kehendak kerajaan Korea Utara,” tegasnya lagi.
The post Rakyat Malaysia Selamat Dan Tidak Dikurung – Najib Razak appeared first on Wanista.com.