
Kecantikan yang kekal abadi adalah impian semua wanita, baru-baru ini jenama penjagaan kulit terkemuka yang berasaskan lembapan air dari Korea LANEIGE memperkenalkan rangkaian White Dew baharu yang bisa merubah kulit kusam kembali berseri dengan memanfaatkan teknologi sains kecantikan terkini untuk memberi efek lembapan optimum kepada kulit.
Lembapan sememangnya adalah elemen asas untuk melahirkan tekstur kulit cantik yang bukan sahaja mampu dipancarkan dari fizikal malah diserlahkan dari dalam di mana ia turut merawat lapisan kulit paling bawah agar kecantikan dan kesihatan kulit lebih kekal berpanjangan.

Apa yang menarik, hasil kajian klinikal yang dilakukan sebelum ini mendapati White Dew turut berfungsi untuk bantu memudarkan pigmentasi seperti tompok hitam serta tona tidak sekata pada kulit secara berperingkat dengan sokongan bahan lembapan yang merawat kulit kering.
Kini tiada masalah lagi untuk wanita Asia mendapatkan kulit yang bukan sahaja cerah, malah teksturnya lebih segar dengan menggalakkan pertumbuhan kulit baru yang berkilau seperti titisan embun.
Rangkaian LANEIGE White Dew disertai tujuh produk termasuklah White Dew Milky Cleanser, White Dew Skin Refiner, White Dew Purifying Mask, White Dew Intensive Eye Mask, White Dew Emulsion, White Dew Original Ampoule Essence dan White Dew Tone-Up Cream.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.laneige.com/my
The post Kejelitaan Kini Milik Anda Dengan Rangkaian Kecantikan Lengkap LANEIGE White Dew appeared first on Wanista.com.