Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Peminat Unicorn! Kumpul Duit Sebab TARTE Bakal Lancar Koleksi Mekap Penuh Ajaib

$
0
0

Jenama kosmetik high end yang popular dek kerana rangkaian solekannya yang eksotik lagi mempersona, TARTE khabarnya bakal melancarkan koleksi baharu diinspirasi daripada haiwan mitos yang memiliki kuasa magis serta dikatakan gemar bermain di atas pelangi iaitu Unicorn!

Sumber: best animations.gif

Muda-mudi masa kini yang menggemari warna pastel pasti akan jatuh hati dengan koleksi ini!

Koleksi istimewa yang berkonsepkan keajaiban Unicorn ini akan disertai palet pembayang mata berkilau… (RM180)

Sumber: Tarte
Sumber: Instagram/Popsugar.com

11 warna memukau yang dihimpun dalam satu palet mudah dibawa…

Sumber: Tarte

Bekas palet pembayang mata yang bergermelapan dengan perincian emas serta corak hiasan ala potongan kristal!

Sumber: Tarte

Unicorn adalah haiwan mitos yang berupa kuda putih bertanduk emas, jadi tidak lengkap andaiannya ia tidak disertai serbuk kilauan (highlighter) untuk dicalit ke pipi sebagai definisi solekan menyerlah! (RM140)

Sumber: Popsugar.com

Rona highlighter untuk si kulit cerah dan gelap…

Set berus solekan istimewa yang batangnya umpama diperbuat daripada tanduk Unicorn! Cantik sangat! (RM180/set)

Sumber: Tarte

Kesemua koleksi ini akan mula dilancarkan pada (Rabu) 15 Mac di laman sesawang rasmi Tarte Cosmetics [SINI]

Malaysia bila? Penulis pun belum pasti bila koleksi terkini TARTE akan masuk ke pasaran Malaysia. Namun anda boleh terus menunggu dan periksa laman [Sephora.my] dari masa ke masa okay?

Bye bye nude & say hello to bright bold colors!

Hmm… nampaknya musim ini, TARTE nekad tampil lebih berani dengan memperkenalkan rona-rona yang lebih menonjol seperti biru dan merah jambu ke dalam seisi koleksi terkininya. 

Here’s a colorful glimpse into our next chapter…✨🦄 Even more to come tomorrow! #makebelieveinyourself

A post shared by Tarte Cosmetics (@tartecosmetics) on

Peminat mekap tegar sekalian, sila hela nafas panjang 💗 🦄  🌈 #makebelieveinyourself!

***Harga untuk setiap item belum muktamad dan hanyalah andaian penulis yang dirujuk menerusi senarai harga Dollar AS.

RUJUKAN –Cosmopolitan & Refinery29

The post Peminat Unicorn! Kumpul Duit Sebab TARTE Bakal Lancar Koleksi Mekap Penuh Ajaib appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Trending Articles