Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14594

Balenciaga Cari Publisiti Tiru Rekaan Beg Biru Ikea Pula

$
0
0

Sesungguhnya, beg biru ikea yang boleh diguna semula itu adalah ‘item’ keperluan rumah yang paling ikonik dan sangat berguna kerana selain sifatnya yang mesra alam dan boleh dikitar semula, saiznya juga besar malah boleh dilipat dan tidak mudah koyak meskipun dipenuhi barangan yang berat. Harganya? Hanya RM2 di Ikea Malaysia.

Sumber: ikea.com

Tak dinafikan, memang ramai yang suka bag ni! Kadang-kadang setiap kali pergi Ikea, setiap kali itu jugalah akan ada orang yang beli beg ni walaupun dah berlambak di rumah betul tak?

Kelmarin, jenama fesyen terkemuka Balenciaga yang sering mewujudkan kontroversi kerana mengeluarkan rekaan beg seolah meniru rekaan ‘beg murah’ dan dijual pada harga ribuan dollar kini tampil pula dengan versi beg gergasi diadaptasi dari rekaan beg biru IKEA.

Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag. Sumber: deezan.com

Biarpun material yang digunakan adalah berasaskan kulit asli, dari segi tekstur kulit beg yang berkedut, bentuk, warna dan kedudukan tali pemegang beg “Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag” ini sahaja sudah cukup untuk mengingatkan kita kepada beg biru IKEA. Harganya pula beribu kali ganda daripada harga beg IKEA yang hanya dijual pada 99 sen di Amerika.

Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag. Sumber: gq.com

Jadi, ada ke yang berkenan dengan Balenciaga Arena Extra-Large Shopper Tote Bag berharga RM9,434 ini?

Musim lalu, Balenciaga pernah menggegarkan arena fesyen kerana mengeluarkan rekaan beg gergasi menyerupai beg pasar berjalur yang lazimnya digunakan masyarakat sekitar Asia dan beg pembungkus selimut toto.

Sumber: lipstiq.com

Sumber: telegraph.co.uk

SUMBER

The post Balenciaga Cari Publisiti Tiru Rekaan Beg Biru Ikea Pula appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14594

Trending Articles