Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14594

Artistik Penuh Eksentrik, Lihat Siapa Dengan Fesyen Paling Gah Di Met Gala 2017

$
0
0

Bintang Hollywood sering dilihat bijak menggayakan aneka busana menarik saat menghadiri majlis atau acara-acara berprestij termasuklah acara tahunan Met Gala yang saban tahun mengumpulkan lebih beratus sosialit, penggiat muzik dan aktres terkemuka bagi memeriahkan majlis. 

Ruang legar lobi Metropolitan Museum of Art New York. Sumber: Pinterest

Buat yang kurang jelas, Met Gala atau nama rasminya Costume Institute Gala yang turut dikenali sebagai Met Ball ini adalah gala dianjurkan untuk mengutip dana khas bagi membiayai Institut Kostum di Metropolitan Museum of Art’s, New York.

Metropolitan Museum of Art New York. Sumber: Pinterest

Met Gala juga menandakan pembukaan pameran fesyen tahunan di muzium tersebut dan sebab itulah setiap seorang jemputan yang hadir ke acara ini ligat menggayakan pakaian yang pelbagai sambil berpandukan tema yang telah ditetapkan bagi tahun berkenaan.

Rekaan Rei Kawakubo untuk musim Luruh/Sejuk 2016. Sumber: Pinterest

Tema bagi pameran tahunan Institut Kostum di Metropolitan Museum of Arts dan Met Gala tahun ini adalah berdasarkan ideologi fesyen pereka kelahiran Tokyo yang mengembangkan bakat di Paris iaitu Rei Kawakubo.

Rekaannya boleh tahan eksentrik namun masih lagi mempunyai ciri-ciri versatile sekaligus bisa sahaja menarik perhatian umum dalam sekelip mata,

Pereka fesyen kelahiran Tokyo, Rei Kawakubo. Sumber: Pinterest

Untuk itu, jom lihat selebriti A-list mana yang berjaya membawakan fesyen terbaik ala Comme Des Garcons di karpet merah Met Gala 2017 pada 1 Mei lalu.

#1 Zendaya @ Dolce & Gabbana

#2 Solange Knowles @ Thom Browne

Sumber: Nielson Barnard/Getty Images

#3 Lily Rose Deep @ Chanel

Sumber: Neilson Barnard/Getty Images

#4 Ruth Negga @ Valentino

Sumber: Rab Latour/REX/Shutterstock

#5 Rihanna @ Comme Des Garcons

Sumber: Nielson Barnard/Getty Images

#6 Cara Delevinge @ Chanel

Sumber: George Pimentel/Getty Images

#7 Zoe Kravitz @ Oscar De La Renta

Sumber: Neilson Barnard/Getty Images

#8 Katy Perry @ Maison Margiela

Sumber: Neilson Barnard/Getty Images

#9 Lily Aldridge

Sumber: Neilson Barnard/Getty Images

#10 Dakota Johnson @ Gucci

Sumber: Nielson Barnard/GettyImages

#11 Laura Osnes 

Sumber: John Shearer/Getty Images

#12 Lily Collins @ Giambatista Valli

Sumber: Kevin Mazur/Getty Images

#13 Doutzen Kroes @ Brock Collection

Sumber: Neilson Barnard/Getty Images

#14 Hailey Baldwin @ Carolina Herrera

#15 Blake Lively @ Atelier Versace

Sumber: Dimitrios Kambouris/Getty Images

#16 Anna Wintour @ Chanel Haute Couture

#17 Priyanka Chopra @ Ralph Lauren

Jadi, selebriti mana kamu rasa paling menyerlah di karpet merah Met Gala 2017?

Penulis suka benar dengan dress Blake Lively! ❤️

The post Artistik Penuh Eksentrik, Lihat Siapa Dengan Fesyen Paling Gah Di Met Gala 2017 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14594

Trending Articles