Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Distinguished Gentleman Ride di Malaysia Akhir September Ini!

$
0
0

Distinguished Gentleman Ride kembali lagi pada 24 September 2015 secara global! Distinguished Gentleman Ride adalah satu acara konvoi motosikal kustom berskala global yang memberikan kesedaran terhadap kanser prostat.

Acara ini bertapak di Malaysia pada tahun 2012 menerusi idea yang dicetuskan seorang arkitek yang juga peminat motosikal cafe racer iaitu saudara Kamarul Azahar.

Edisi ke 4 DGR di Malaysia tahun ini menampilkan kelainan apabila 3 bandaraya dan satu bandar akan menjadi venue serentak pada 27 September ini. Selain Kuala Lumpur, DGR akan diadakan di Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak. Ia bertujuan untuk meluaskan pengaruh DGR dan membawa kelainan juga peluang terutama kepada penunggang di Sarawak.

jahsjhas

Edisi ke 4 DGR Kuala Lumpur akan turut disertai celebriti dan artis tanahair yang juga merupakan peminat motosikal klasik dan cafe racer. Antara yang dijangka menyertai konvoi kali ini ialah Altimet, Noh Hujan, Wak Doyok, Fauziah Latiff, bekas pemain bolasepak kebangsaan Asmawi Bakiri dan ramai lagi.

4 lokasi hentian yang dipilih tahun ini merupakan pusat tarikan pelancong negara. Peserta akan berkumpul seawal jam 7.00 pagi di Muzium TUDM di Sungai Besi dan akan memulakan konvoi jam 9.00 pagi. Hentian pertama adalah di The Garage KL ampang diikuti Istana Negara Jalan Duta, dan dijangka berakhir di pusat membeli belah Pavillion di Jalan Bukit Bintang jam 12.00 tengahari.

Konvoi DGRKL dijangka dapat menarik 500 peserta yang akan mengambil bahagian dengan kehadiran lebih ramai penunggang wanita.

Untuk info lanjut, anda boleh semak di Facebook The Distinguished Gentleman’s Ride.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Trending Articles