Kamu sering ke Thailand untuk bercuti? Tapi penulis berani kata yang ramai orang tak tahu tentang kewujudan kuil putih di bumi gajah putih ni…
Sebagai salah satu seni bina yang unik di Thailand, Kuil Putih atau yang lebih dikenali sebagai “White Temple” ini adalah berlokasi di Chiang Rai. Mulai dariapda hari ini, jika kamu mengembara ke Thailand, tempat persinggahan ini wajib kamu kunjungi untuk rasai sendiri keajaibannya.

Untuk pengetahuan semua, kuil ini dibina sekitar 1997 oleh seorang arkitek tempatan bernama Ajarn Chalermchai Kositpipat. Bukan sahaja beliau menyumbang idea dalam seni reka White Temple bahkan, Ajarn turut telah menyumbang dana dalam menjayakan projek pembinaan kuil ini sepenuhnya.

Warna putihnya menjadi simbol kesucian agama Buddha yang merupakan agama majoriti di Thailand. Ia kemudian dihiasi pula dengan perincian kerawang emas untuk mewujudkan sensasi mewah dan apa yang lebih menarik, atap utamanya pada bahagian hadapan pintu masuk kuil memiliki tiga lapisan utama untuk ilusi seni bina yang artistik.

Umpama masuk ke alam ghaib, setiap perincian termasuk kerawang, corak pada setiap bahagian permukaan kuil, arca binaan dan pelbagai motif warisan tradisi Thailand. Perasaan masuk ke White Temple ini pasti bercampur-baur antara teruja dan seram. Boleh kata, kesemua arca binaan yang dibina untuk menghiasi kuil ini adalah berkarakter menakutkan

Tak kurang, ada juga pelancong menggambarkan tempat ini sebagai “susur masuk ke syurga yang melalui neraka”.

Jadi apa pendapat kamu? Lebih gah, bangunan yang serba-serbi diwarnai rona emas ini adalah tandas awam yang berada berhampiran kawasan White Temple tau! Bolehlah jadi latar foto paling cantik dalam travelog kamu.

FAKTA MENARIK!
Pada 2012, bangunan White Temple pernah mengalami sedikit gangguan gara-gara gempa bumi yang berlaku di daerah Mae Lao dekat Wilayah Chiang Rai. Walau bagaimanapun setelah menjalani bebrapa pemeriksaan rapi oleh jurutera dan para pegawai binaan tertentu, ia disahkan selamat tanpa mengalamni sebarang kerosakan sekaligus dibuka semula buat pengunjung.

Dibuka setiap hari untuk pelancong dalam dan luar negara, ia beroperasi bermula 6:30 am hingga 6:00 pm. Jangan risau kerana kamu tak perlukan pemandu pelancong pun untuk mengembara ke kawasan sekitar kompleks White Temple tersebut. Selamat bercuti ke Thailand
The post Kalau Berani, Wanista Cabar Korang Masuk “White Temple” Di Thailand Ni appeared first on Wanista.com.