Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Berkelas Antarabangsa, SAFI Kini Produk Halal Buatan Malaysia Yang Paling Maju

$
0
0

Melihatakan permintaan yang semakin tinggi terhadap produk kecantikan dan kosmetik halal dalam kalangan pengguna, WIPRO UNZA akhirnya tampil mengumumkan pelancaran sebuah pusat penyelidikan dan inovasi khas dipanggil SERI (SAFI Excellence in Research & Innovations).

Ini adalah sebahagian pelaburan yang telah dilakukan bagi menambah baik kualiti produk serta menghasilkan inpvasi produk-produk baharu yang dikatakan bernilai RM10 juta, dibangunkan sejak 2013.

Tonton Pengenalan Makmal Halal SAFI Excellence in Research & Innovations

Dalam jangka masa lima tahun seterusnya, pelaburan Pusat SERI untuk penyelidikan dan inovasi di Malaysia telah direkodkan bernilai lebih RM30 juta dan merupakan antara pelaburan terbesar yang memiliki makmal produk kecantikan halal paling maju di dunia!

Unuk pengetahuan semua, di Pusat SERI juga, terdapat 100 orang pengkaji dan saintis yang terdiri dari bijak pandai asal luar negara untuk memanfaatkan seleksi ilmu kimia agar SAFI bisa terus memenuhi permintaan ramai terhadap rangkaian produk kecantikan dan kosmetik halal pada harga yang berpatutan sekaligus berkualiti tinggi.

Foto -SAFI

Antara produk SAFI yang sering membanjiri pasaran setempat adalah termasuk deodoran, rangkaian perawatan rambut seperti syampu dan pelembap, minyak kecantikan, ubat gigi, bedak talkum, pencuci muka, sabun mandian serta yang paling terkini adalah minuman kolagen berasaskan beri campuran.

Penggunaan teknologi nano juga digunakan oleh SAFI untuk menjaga kualiti bahan aktif seperti kompaun pemutihan kulit agar ianya dapat memberi kesan efektif buat si pemakai.

Foto -IRC

Buat julung kalinya makmal Pusat SERI kini dibuka kepada pengujung luar yang mahu melihat sendiri proses penghasilan produk-produk unggul dari SAFI tau! Jangan ketinggalan untuk menyertai kumpulan lawatan tersebut dengan mendaftarkan diri [DI SINI].

Klik [facebook.com/SAFI.MY] untuk keterangan lanjut.

The post Berkelas Antarabangsa, SAFI Kini Produk Halal Buatan Malaysia Yang Paling Maju appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506