Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Selain PUMA, Ini 5 Kedai Kasut Paling Best Di KLCC!

$
0
0

Jika kamu seorang fashionista yang meminati kasut, kamu pasti sering mencari-cari port terbaik untuk mendapatkan rekaan yang kena dengan cita rasa diri betul tak?

Seperti PUMA yang sering popular kerana desain-desainnya yang ranggi serat moden, ramai peminat sneakers sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan koleksi terkini yang adalakanya merupakan edisi terhad. Ini belum termasuk mereka yang sanggup disenari tunggu.

Foto -Arkib Wanista

Khabarnya PUMA baru-baru ini membuka cawangan gedung konsep terbaharu yang dikatakan paling besar di Asia Tenggara!

Lebih menarik, gedung PUMA ini turut dilengkapi sidut pameran dipanggil SELECT yang akan dihiasi koleksi kolaborasi PUMA bersama para selebriti dan jenama-jenama lain seperti Selena Gomez, Big Sean, Ader Error dan Shantell Martin.

Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, gedung konsep gergasi PUMA di KLCC ini turut akan menjadi satu-satunya pengedarsulung di Malaysia yang menawarkan rangkaian PUMA’s Golf untuk para pengguna yang mengikuti sukan golf.

#1 BALLY

Suka gaya sepatu formalyang klasik, di Bally semuanya ada termasuklah produk kulit untuk wanita berkelas.

Foto -Malaysia Tatler

#2 SUPERGA

Jika kamu seorang yang kasual dan masih berjiwa remaja, sepatu sarung sneakers jenis skate shoes dari Superga sangat bertepatan untuk dipadankan dengan gayamu yang segar seiring trend.

Foto -Superga Malaysia

#3 AW LAB

Kamu gemar mengumpul sneakers? Di sini terdapat pelbagai jenama sneakers pilihan dari yang mampu milik hinggalah yang paling mewah! senang cerita, banyak item rare di sini.

Foto -.jomkitalari.com

#4 PRETTY BALLERINAS

Leceh hendak ke sana dan ke mari dengan sepatu tumit tinggi? Kasut bertapak rendah dari Pretty Ballerinas adalah yang paling tepat untuk para wanita yang berkarakter. Setiap satu kasut sarung tumit rendahnya memiliki perincian yang mewah sekaligus sesuai untuk semua jenis personaliti.

Foto -facebook/Pretty Ballerina Malaysia

#5 JELLY BUNNY

Tidak terhad kepada kasut wanita dewasa, Jelly Bunny turut menawarkan desain kasut cantik untuk kanak-kanak perempuan. Kamu yang sukakan dunia fantasi yang berwarna-warni pasti suka masuk ke gedung Jelly Bunny ni! Kesemua aksesori termasuk kasut, beg tangan dan jam kebanyakannya diperbuat dariapda meterial getah yang berwarna-warni.

Sumber: Worpress

Kalau tak dapat beli kasut baru bulan ni, window shopping je dulu pun tak apa ye dak? ❤

The post Selain PUMA, Ini 5 Kedai Kasut Paling Best Di KLCC! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502