Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Syoknya Dapat Makan Aneka Daging BBQ Serendah RM181 Di Hilton!

$
0
0

Berlangsung dari 1 hingga 31 September ini, Hilton Kuala Lumpur mempromosikan menu ala koboi yang ternyata enak dan berjus buat para peminat tegar sajian berasaskan daging bakar!

Dimasak dengan penuh rasa rempah ratus dan aroma smoky melazatkan, seleksi hidangan ilham dari Barat Selatan Amerika ini bisa membuatkan sesiapa pun terliur, walaupun dengan hanya melihat atau menghidunya.

Untuk pengetahuan semua, setiap jenis daging yang ditawarkan dibakar pada suhu ideal bagi menghasilkan kerak lazat yang ranggup manakala, isi dagingnya seolah bercerai sebaik dicucuh dan ditarik dengan garpu dan pisau -menggambarkan betapa empuknya tekstur daging berkenaan.

 

Tidak kurang, bagi melengkapi santapan daging, chef turut menghasilkan sembilan pilihan sos berperisa termasuklah Sweet Mustard Sauce, Sweet and Spicy BBQ Sauce, Texas BBQ Sauce, Kansas Style BBQ Sauce, Cajun BBQ Sauce dan banyak lagi.

Hidangan sampingan seperti Mac & Cheese serta sayuran salad ala tradisi masyarakat Selatan Barat Amerika turut disertakan.

Selain daging, turut disediakan adalah Pizza berkerak nipis yang didatangkan dalam tiga topping menarik seperti Daging, Ayam dan Margarita. Biarpun nipis, sensasi rangup dapat memberi kepuasan mengujakan sebaik keju, sayuran dan campuran isi lain bergabung di dalam mulut.

Antara bahagian daging yang digunakan untuk hdiangan US Smokehouse BBQ Station di Hilton Kuala Lumpur adalah daging lembu dari bahagian brisket, kaki kambing, daging dari bahagian rusuk, bahu kambing, rusuk kambing serta ayam dan kepak.

Difahamkan, resepi perapan BBQ ini adalah diadaptasi dari resepi turun-temurun yang telah digunakan masyarakat Selatan Barat Amerika sejak zaman kolonial lagi.Resepi sos juga begituu istimewa dan pastinya mampu menambah keenakan pada kelembutan isi daging yang bisa buat tetamu menikmati makan malam istimewa sehingga menjilat jari.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [life.hiltonkl.com]. 

Harga yang dikenakan untuk seorang adalah RM181/seorang (Dewasa) dan RM91/seorang (Kanak-kanak bawah 12 tahun).

Bagi yang bukan muslim, pakej RM265/seorang (Dewasa) turut ditawarkan dan ia hadir bersama dengan minuman pilihan wain merah/putih secara bercuma serta pilihan Bourbon Whiskey dari jenama Jack Daniels atau Maker’s Mark.

Untuk tempahan boleh dial 03-2264 2596 atau buat tempahan secara atas talian [DI SINI]

The post Syoknya Dapat Makan Aneka Daging BBQ Serendah RM181 Di Hilton! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502