Jenama pengeluar kaca mata ulung baru-baru ini mengumumkan pelancaran rekaan bingkai kaca mata paling terkini untuk lelaki dan wanita yang diperbuat daripada material berkualiti setanding kaedah pertukangan yang hebat -boleh dilihat menerusi perincian serta jenis material yang digunakan bagi setiap rekaan.

Koleksi optikal SAFILO untuk lelaki dan wanita mengetengahkan penggunaan engsel titanium yang disertai dwi-spring -dihasilkan menerusi evolusi kepakaran unik serta kemahiran teknikal yang pernah dimanfaatkan sekitar 1878 dahulu.

Bukan itu sahaja, rekaannya yang banyak menggunakan rekaan bingkai lensa berperician melengkung juga berupaya menerapkan elemen fesyen klasik, bisa digayakan sebagai aksesori harian versatile baik untuk lelaki mahupun wanita fashionista sekalian.

Untuk lelaki perkasa, wajah yang memiliki potongan rahang yang nyata lebih gah andai bingkai yang turut memiliki potongna bingkai lensa yang sedikit melengkung untuk menyerlahkan aura retro atau boleh juga memberanikan diri dengan penggayaang bingkai kaca mata bersegi untuk ketengahkan jiwa maskulin.


Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.safilo.com]
The post Kaca Mata SAFILO Bantu Ubah Gaya Jadi Sofistikated appeared first on Wanista.com.