Masih ingat lagi akan cabaran ramen pedas yang tular suatu masa dahulu? Itu bukanlah perkara yang paling sihat jika anda anda lakukan setiap hari, terutamanya jika anda mempunyai perut yang lemah.
Dijadikan cerita, si sumi berkongsi di Facebook tentang bagaimana isterinya telah mengalami sakit perut yang teruk selepas makan ramen pedas selama hampir setiap minggu. Suami terus menjelaskan bahawa kamera dan X-ray kedua-duanya menunjukkan luka pada lapisan usus yang dikaitkan dengan pengambilan makanan yang sangat pedas. Ramen yang di maksudkan di sini ialah yang jenis 2 kali pedas, rames jenama Samyang. Walaupun luka itu kecil, tetapi ia berbahaya kerana usus sentiasa basah dan oleh itu sukar untuk penyembuhan berlaku.

Bahayakan? Walaupun ramen pedas sangat ketagih tetapi ternyata bila kerap diambil ia boleh menyumbang kepada peningkatan rembesan asid dan mengurangkan kekuatan gastritis penghalang mukosa, yang seterusnya merosakkan dinding perut.
Boleh makan tapi beringatlah ye…
The post Bahana Makan Ramen Samyang Setiap Minggu, Perut Wanita Rosak Teruk appeared first on Wanista.com.