Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Cegah Rambut Gugur Dengan Amalan 7 Makanan Ni…

$
0
0

“Aduhai stres sangat sebab rambut asyik gugur”. Biasa mengalami situasi sebegini? Orang kata makin panjang rambut makinlah gugur bertambah banyak. Tapi betul ke?

Yang pasti masalah rambut gugur boleh terjadi disebabkan, salah rawatan, salah produk, tekanan, kesan ubat atau disebabkan kekurangan nutrisi, terutamanya protein.  Jika anda masih alami masalah keguguran rambut, cuba lakukan perkara ini. Cuba amalkan beberapa makanan di bawah, mana tahu secara perlahan ianya membantu. Insyaallah!

Bayam

Bayam kaya dengan sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

Foto – lifestyle Sindonews

Oat

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

Foto – FODMAP Everyday

Strawberi

Strawberi boleh dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kecantikan. Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.

Foto – Old Farmer’s Almanac

Avocado

Avacod mempunyai sumber vitamin E yang meningkatkan peredaran darah dan membantu folikel bekerja lebih cekap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengekalkan keseimbangan paras minyak dan PH yang jika melebihi dapat menyumbat folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan rambut.

Foto – JSTOR Daily

Telur

Telur adalah sumber protein dan biotin yang hebat, dua nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Makan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan rambut kerana folikel rambut dibuat kebanyakkan dari protein. Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan keguguran rambut.

Foto – Once Upon a Chef

Salmon

Ikan berlemak seperti salmon, herring dan mackerel mempunyai nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pertumbuhan rambut.

Foto – Cornish Fishmonger

Lobak

Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.

Foto – The Dirty Gardener

Ringkasannya apa yang anda makan boleh memberi kesan besar pada kesihatan rambut. Kekurangan nutrien yang betul termasuk vitamin A, C, D dan E, zink, vitamin B, besi, biotion, protein dan asid lemak boleh melambatkan pertumbuhan rambut atau menyebabkan rambut gugur. Jadi sila amalkan pemakanan sihat untuk pertumbuhan rambut.

RUJUKAN : 123

The post Cegah Rambut Gugur Dengan Amalan 7 Makanan Ni… appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502