Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Siapa Ada ‘Lesung Pipit’ Di Pinggul Dialah Paling Bertuah!

$
0
0

Kita di Asia mungkin kurang memperkatakan tentang karakteristik tubuh wanita unik yang satu ini. Pernah tak dengar tentang “Dimples of Venus”?

Dimples of Venus atau “Butt Dimples” adalah lesung pipit yang timbul di bahagian pinggul. Boleh kata, peratusan wanita yang mempunyai lesung pipit pinggul ini jauh lebih ramai berbanding lelaki. Namun apa yang menarik perhatian adalah kajian sains telah membuktikan bahawa kehadiran karakteristik itu dalam diri wanita sebenarnya memberi manfaat yang sangat berguna tau!

Hanya Wanita Bertuah Memilikinya

Tidak semua wanita memiliki karakteristik tubuh yang memiliki lesung pipit di pinggul ini dan ianya hadir kerana genetik. Jika ibu atau keturunan terdahulu kamu ramai yang memiliki lesung pipit pinggul, kamu mempunyi peluang besar untuk mempunyainya juga.

Ada wanita sanggup berhabis wang untuk mendapatkan lesung pipit pinggul menerusi pembedahan. Sumber: Zimbio

Hakikatnya memang ramai wanita mendambakan lesung pipit pinggul namun sayangnya, ia bukan seperti lesung pipi di pipi yang boleh ‘dibuat’ dengan hanya menggunakan senaman atau petua-petua. Tiada sebarang senaman atau petua dapat membantu seseorang wanita mendapatkan lesung pipit pinggul.

Merupakan Tarikan Seksi

Jika dilihat dengan mata kasar kita, lesung pipit pinggul secara zahirnya membuatkan bentuk badan belakang seorang wanita kelihatan lebih seksi. Ini adalah sama seperti fungsi lesung pipit di wajah seseorang yang secara tidak langsung membuatkan rupa wajah menjadi lebih cantik dan manis.

Beri Manfaat Rangsangan Seksual

Sebuah kajian memperkatakan betapa lesung pipit pinggul sebenarnya membantu wanita untuk mendapatkan kepuasan seksual yang optimum. Ini kerana, kedudukan tulang pinggul semula jadi yang berlekuk serta bahagian otot sendi yang unik sebegitu dikatakan mampu menggalakkan pengaliran hormon dll. Ini seterusnya mempercepat dan memudahkan seseorang wanita mendapat kepuasan seksual (klimaks) sewaktu melakukan hubungan intim.

Sumber: storiesofworld.com

Ha, cepat cuba periksa di cermin apakah kamu juga memiliki lesung pipit pinggul ini sekaligus menjadi salah seorang wanita paling unik dan beruntung! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Siapa Ada ‘Lesung Pipit’ Di Pinggul Dialah Paling Bertuah! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506